Sabtu, 6 Januari 2024

Tantra dan Alam Ghaib


Episod pertama berkenaan dengan "Tantra dan Alam Ghaib" disampaikan oleh Rajarshi Nandy dalam siri podcast berjudul The Ranveer Show (TRS) pada tahun 2023. Menurut Ranveer, pendengar akan dapat memahami asas tantra dan mendapat perspektif baru mengenai perjalanan spiritual atau kehidupan. Sama ada anda berminat dengan spiritual, tantra atau mendapatkan pengetahuan baru melalui pengalaman sekunder maka perbualan yang disajikan kepada pendengar itu boleh memberikan pandangan bermakna mengenai alam ghaib.

  • Tantra dan Alam Ghaib
  • Penjelasan mengenai Tantra Gelap
  • Dewi Kamakhya
  • Sejarah Pengorbanan Haiwan
  • Tantra Amali
  • Hantu dan Bota
  • Hakikat mengenai Hantu  
Dalam masukan kali ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ranveer Allahbadia, pemilik saluran BeerBiceps dan tetamu jemputan beliau Rajarshi Nandy di atas sesi dalam bahasa Inggeris yang membuka mata ramai mengenai misteri alam ghaib. Sesi tersebut sedikit sebanyak telah membantu pendengar membentuk perspektif mereka sendiri berdasarkan pengalaman dari tetamu jemputan.  

Isnin, 1 Januari 2024

Tamil Nadu

Bahagian ini disediakan khas untuk membuat rujukan mengenai Tamil Nadu, India Selatan dan kebudayaan di sebelah selatan benua kecil India.

Bahasa Tamil

Sebagai pengenalan asas kepada bahagian ini, bahasa Tamil adalah bahasa dari kelompok bahasa Dravida dan asalnya dituturkan oleh bangsa Tamil di negeri Tamil Nadu di India Selatan serta di Timur Sri Lanka. Bacaan lanjutnya di sini

Asas Bahasa Tamil

Silalah buat tambahan yang selanjutnya dengan merujuk kepada bahan yang bersesuaian. 

Rabu, 3 Mei 2023

Masakan India

Masakan India mempunyai sejarah sehigga 8,000 tahun di mana pelbagai kelompok dan kebudayaan berinteraksi dengan benua kecil India. Hal ini membawa kepada kepelbagaian rasa dan hidangan tempatan yang kita temui di India moden serta negara-negara lain di sekitarnya. Seterusnya, perdagangan dengan British dan Portugis menambahkan lagi kepelbagaian di dalam hidangan India yang sudah sememangnya pelbagai itu.

A. Resipi India Utara

Bahagian ini akan dikembangkan sebaik sahaja talian internet diperolehi semula.  



Khamis, 14 Julai 2022

Sumpahan dan Kutukan


Shapa atau sumpahan seringkali dirujuk dalam kesusasteraan Hindu dan menjadi satu konsep yang penting dalam pandangan hidup orang Hindu. Berdasarkan kepada kepercayaan orang Hindu, dewa dan wali sekali pun tidaklah terlepas daripada cengkaman undang-undang dharma.

Menarik sekali untuk kita teliti bagaimanakah kurnia dan kutukan berlaku dalam kepercayaan orang Hindu. Menarik juga untuk kita lihat bagaimana kurnia dilimpahi dan kutukan diberikan kepada manusia serta para dewa.

Walaupun terdapat kisah mengenai sumpahan dan kutukan dalam cerita agama orang Yunani dan orang Romawi, namun terdapat corak yang logik dalam pandangan hidup orang Hindu. Kebenarannya menjadi dasar kepada kutukan dan kurnia.

Marilah kita lihat kepada kutukan dahulu. Jika seseorang resi atau dewa atau begawan itu menyumpah seseorang maka sumpahan tersebut tidak boleh dirungkaikan kembali walaupun oleh orang yang menyumpah itu sendiri. Sumpahan ini adalah seperti peluru dari senapang atau anak panah yang dilepaskan dari busurnya.

Namun, setiap sumpahan itu mempunyai penawarnya atau timbal balik yang digelar sebagai jalan keluar atau strategi untuk mengelakkannya daripada mengena.

Selain itu, sumpahan tidaklah asing di rantau nusantara sendiri kerana terdapat beberapa cetera yang menceritakan mengenai kehancuran sesuatu tempat diakibatkan oleh sumpahan penduduk di situ. Contohnya, terdapat sumpahan dan kutukan kepada sesiapa yang menderhaka kepada kedatuan Srivijaya dan menentang kedatuan Srivijaya dalam Batu Bersurat Telaga Batu. Batu bersurat tersebut dihiasi dengan tujuh kepala naga dan bahagian bawahnya mempunyai bentuk seperti cerat yang mengalirkan air, berkemungkinan dicurahkan semasa upacara menumpahkan kesetiaan kepada kedatuan Srivijaya.

Selanjutnya, terdapat juga kisah dari Sejarah Melayu yang dikumpulkan oleh Tun Sri Lanang dalam abad ke-16 berkenaan dengan Sang Rajuna Tapa, bendahara kerajaan Singapura yang disumpah menjadi batu kerana membuka pintu kota kepada tentera Majapahit. Di samping itu, cetera Mahsuri yang menyumpah Pulau Langkawi dihancurkan oleh tentera Siam selama tujuh keturunan akibat beliau difitnah membuat onar bermukah dengan lelaki lain oleh ibu mertuanya. 

Isnin, 26 April 2021

Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit adalah bahasa klasik yang berkembang di Asia Selatan dan dikelompokkan dalam cawangan bahasa Indo-Arya. Ia timbul di Asia Selatan selepas bahasa-bahasa pendahulunya merebak di situ dari barat laut ketika lewat Zaman Gangsa.

Bahasa Sanskrit menjadi bahasa upacara bagi penganut agama Hindu dan menjadi wahana penyebaran falsafah klasik dari benua kecil India. Selain itu, ia turut menjadi bahasa kesusasteraan ajaran Buddha aliran Mahayana dan ajaran Jain. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penghubung di rantau Asia Selatan pada zaman purba sehingga ke zaman pertengahan. Ia digunakan dalam penyebaran aliran falsafah Hindu dan kebudayaan Buddha di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Tengah pada awal era pertengahan. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa keagamaan dan bahasa ketamadunan serta digunakan oleh golongan bangsawan di rantau-rantau itu. Hasil dari perhubungan yang panjang ini, bahasa Sanskrit memberikan kesan yang mendalam terhadap bahasa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur terutamanya dari segi perbendaharaan kata akademik dan rasmi.

Kredit gambar hiasan: Gambaran Betara Siva dari Natyasastra oleh Teeratep Pannong dari Jabatan Seni Halus, Kementerian Kebudayaan Thailand.

Rabu, 14 April 2021

Perubatan Tradisional India

Alam semulajadi merupakan sistem yang rumit, berharga dan tidak ternilai kepada semua. Ia membentuk latarbelakang bagi kemunculan, evolusi dan kewujudan kehidupan di bumi ini.Sejak zaman purba lagi, alam semulajadi mengurniakan faedah yang agung kepada umat manusia. Ia menyediakan makanan, tempat perlindungan, ubat-ubatan dan sumber haiwan mengikut keperluan kita.

Sistem perubatan tradisional atau perubatan asli ini selalunya berperanan penting dalam sistem penjagaan kesihatan sedunia. Ia memainkan peranan terutamanya di kawasan pedalaman namun di seluruh dunia, ia turut mendapat permintaan yang meluas dan akan terus memainkan peranan utama di masa hadapan. Perubatan tradisional bolehlah dijelaskan sebagai amalan kesihatan yang pelbagai dengan pendekatan, pengetahuan amali, kemahiran dan amalan yang berkenaan dengan haiwan, tumbuhan serta galian. Ia boleh juga berkaitan dengan kepercayaan tempatan, penyembuhan rohaniah, manual atau prosedur amalan dan pengalaman asli yang digunakan untuk memelihara kesihatan serta keselesaan manusia. Selain itu, ia digunakan untuk menyembuh, memeriksa atau menghalang penyakit.

Tamadun India adalah mempunyai aspek kebudayaan yang pelbagai lapisan serta lengkap. Ia merupakan warisan tertua umat manusia. Sistem perubatan tradisional India menjadi salah satu daripada sistem perubatan tradisional tertua di dunia ini. Benua India mempunyai ciri khusus yang berkaitan dengan sistem perubatan dan penjagaan kesihatan tradisional yang sememangnya sudah dikenali di seluruh dunia seperti:

Sistem perubatan Yunani dikatakan berasal dari Greece. Ia kemudian diperkenal di benua kecil India oleh orang Arab. Semasa pemerintahan Mughal di sebahagian besar India Utara, sistem perubatan Yunani ini merebak dan kemudian berakar umbi serta memperkaya lagi sistem perubatan di benua kecil India. Selain daripada sistem yang disebutkan di atas, terdapat juga sistem perubatan puak asli yang menjadi sumber utama bagi penjagaan kesihatan orang asli di benua kecil India namun tidak pernah digolongkan dalam sistem seperti di atas. Naskah klasik bagi sistem perubatan India tradisional bolehlah dirujuk dalam Rigveda, Atharvaveda, Charaka Samhita dan Sushruta Samhita (Joy et. al 1998; Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2002; Ravishankar dan Shukla 2007). 
 
Rujuk
Ojas (parking sementara)

Ahad, 9 Julai 2017

Bahasa Hindustan

 

Bahasa Hindustan atau Hindustani adalah bahasa lingua franca antara India Utara dengan Pakistan. Ia dikenali dalam bentuk sasteranya sebagai Hindi-Urdu. Dari segi sejarahnya, ia dikenali juga sebagai Hindui, Hindavi, Zaban-e-Hind, Zaban-e-Hindustan, Hindustan ki Boli, Rekhta dan Hindi.

Halaman ini dikemaskini pada 27 April 2021 bersamaan dengan 1 Jestha 1943 Saka. Proses mengemaskini akan dijalankan lagi sehingga selesai.