Sains di sebalik Sumpahan

Sains moden masih lagi tidak dapat mendedahkan kesaktian atau kuasa di sebalik kata-kata atau air.  Walau bagaimanapun, orang Hindu mempercayai bahawa kata-kata itu boleh berubah menjadi tenaga. Wahana seperti air boleh digunakan untuk memindahkannya kepada mangsa. Amalan kebatinan menjadi 'perumah'yang membekalkan tenaga kepada rentetan ini. Hal ini boleh dilihat dalam pelancaran misil (astra) dalam peperangan Mahabharata dan Ramayana.

Begitu juga dengan kurniaan. Ia memerlukan tenaga yang cukup dari perumah atau amalan kebatinan. Vishwamitra menghabiskan kebanyakan kesaktiannya untuk membantu orang yang tidak diingini. Pernah sekali, beliau cuba menghantar raja Trisanku ke sorga dalam tubuh manusia. Namun, kesaktiannya tidak mencukupi untuk menolaknya ke sana. Maka raja Trisanku pun tersangkut di tengah-tengah.

Kurniaan agak berbeza dengan kutukan serta sumpahan. Seseorang, sama ada resi atau dewa akan gembira kerana amalan kebajikan yang dijalankan oleh penganut yang berkebaktian. Apabila kurniaan diberikan oleh Tuhan, tiada sesiapa pun dibezakan sama ada dia adalah dewa atau asura. Dasar Peluang Saksama diikuti sehingga terdapat masa di mana Tuhan sendiri pun takut dengan kurniaan-Nya sendiri. Hal ini kelihatan dalam cetera Bhasmasura yang ingin menukarkan Betara Siwa menjadi abu sehingga terpaksa meminta bantuan Betara Wisnu.

Hasil dari pahala amalan kebatinan itu, maka Tuhan, salah satu-Nya dari Trimurti akan menjelma di hadapan seseorang dan memberikan kurnia. Kurniaan selalunya diberikan dalam bentuk kesaktian seperti perlindungan daripada makhluk tertentu atau kesaktian tiada batasan atau keabadian.Sesiapa sahaja boleh menjalani amalan kebatinan. Semasa amalan kebatinan dijalankan, seseorang itu bersemadi mengenai dewata yang dipuja dan membaca mantra menyebut keagungan Tuhan. Amalan kebatinan akan berakhir apabila dewa muncul di hadapannya dan mengurniakan pahala kepadanya.

Pahala selalunya dikurniakan kepada amalan yang berkebajikan. Hampir semua dewa boleh memberikan pahala termasuk juga resi. Kadang kala manusia biasa pun boleh memberikan pahala. Sebagai contohnya, Kaildasa serta Tenali Rama menjadi kawi yang agung serta penglipur lara terkenal kerana pahala yang diberikan oleh dewi Kali.

Selain itu, binatang boleh juga tertakluk kepada sumpahan dan kurniaan. Sebagai contoh, seekor burung gagak yang digelar sebagai kakasura yang pernah menyerang Sita Dewi telah dibutakan sebelah matanya oleh Sri Rama. Selain itu, seekor tupai dikurniakan tiga garis di belakangnya oleh Sri Rama kerana membantu membina jambatan antara Jambudvipa dengan Sri Lanka serta membawa Sita Dewi kembali dari dikurung oleh Ravana. Sri Rama menyapu belakang tupai menyebabkan munculnya tiga garis di belakangnya.

Secara keseluruhannya, asura yang merujuk kepada orang jahat atau syaitan yang menerima kurnia juga boleh mengubahnya menjadi sumpahan dengan menggunakannya untuk tujuan jahat. Tuhan memainkan muslihat-Nya ke atas orang jahat sehingga kurniaan yang diterima mereka pun akan memakan mereka kembali. Contohnya adalah seperti berikut:

  • Bhasmasura, cuba untuk menguji kurniaan Betara Siwa ke atas Betara Siwa sendiri. Jika beliau berjaya mengujinya maka Betara Siwa akan hancur menjadi debu. Betara Siwa terpaksa menyelamatkan diri-Nya sehingga diselamatkan oleh Betara Wisnu. Walau bagaimanapun, kurniaan itu memainkan peranannya dengan pelik sekali. Tuhan sendiri tidak dapat menarik balik kurniaan tersebut namun satyameva jayate bermaksud "kebenaran sahaja yang akan mencapai wijaya"  dari Mundakopanishad menjadi pepatah pegangan dalam pandangan hidup orang Hindu. Hal ini menegaskan bahawa, Tuhan tetap akan wijaya pada akhirnya. Asura sering kali tertipu di mana mereka mahu sesuatu namun mereka mendapat yang sebaliknya. Hal ini terjadi disebabkan niat jahat mereka sendiri.
  • Kumbhakarna, kakanda kepada Ravana inginkan keabadian. Namun, baginda tertipu dan tidak dapat mengantuk selama-lamanya. Baginda menerima akibat ini disebabkan tersilap menyebut perkataan nityatva (abadi) menjadi nidratva (mengantuk selamanya). Tuhan tidak melewatkan kurniaan tersebut lalu menjelma memberikan kurnia dan menghilang. Kumbhakarna terpaksa menjalani amalan kebatinan lagi bagi membetulkan semula kurniaan tersebut dan mengurangkan tempoh mengantuknya kepada setengah tahun.
  • Vrutasura, seorang asura yang mempunyai keinginan untuk membunuh Betara Indra. Namun, akibatnya beliau sendiri yang terbunuh. Hal ini terjadi kerana kesilapan dalam pembacaan mantra. Perkataan tvasta tersalah sebut menjadi indrasatru sehingga menyebabkan beliau menjadi mangsa Indra berbanding menjadi penyembelih Indra.
  • Vrtasura, menerima kurniaan tidak terbunuh oleh sebarang senjata terperbuat dari kayu, besi atau batu namun beliau terbunuh disebabkan oleh buih.
  • Hiranyakasipu, raja segala daitya menjalani tapa dan amalan kebatinan sehingga menerima kurnia dari Brahma iaitu baginda tidak boleh dibunuh oleh manusia atau binatang. Baginda menjadi angkuh dengan kurniaan tersebut sehingga mengganas di tribuana. Namun, Betara Wisnu muncul sebagai Narasimha lalu membunuhnya.
  • Dasarata, memberikan dua kurniaan kepada Kaikeyi kerana beliau memandu pedati ke arah wijaya dalam medan peperangan. Pada zaman itu, wanita pun turut berjuang di medan perang. Namun, Kaikeyi menggunakan kurniaan tersebut untuk menentang Dasarata. Raja Santanu memberikan Bhisma kurniaan untuk memilih waktu ajalnya sendiri.