Jumaat, 5 September 2014

Benua Kecil India

 
Swasti
 
Pada asalnya, aku membuka halaman ini hanya ditujukan untuk Punjab sahaja namun selepas beberapa lama aku mendapati bahawa halaman yang aku buka berkenaan dengan benua kecil India bersepah di merata-rata tempat. Aku membuat kemaskini halaman semula dengan cuba mengumpulkan segala bahan yang aku telah salin itu ke dalam bahagian ini. Aku berharap maklumat yang aku kumpulkan di sini dapat aku gunakan sebagai panduan atau rujukan aku pada masa hadapan.
Di benua kecil India pula terdapat banyak sekali negara yang berada di atasnya. Negara-negara moden ini terbentuk hasil dari penjajahan British. Silalah ketik nama-nama negara yang terpilih ini untuk mengakses maklumat rujukan, "Bangladesh, BhutanIndia, Maldives, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka."

Yang ikhlas,
Happy Buffalo
Kashmir Purvasini
29 Sravana 1936 Saka
(24 Ogos 2014)
Kaliyuga