Bahasa India

Bahasa yang dituturkan di Republik India sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis keluarga bahasa. Keluarga bahasa yang utama sekali iaitu bahasa Indo-Arya dituturkan oleh lebih kurang 78.05% penduduk India manakala keluarga bahasa Dravidia dituturkan oleh sebanyak 19.64% daripada penduduk India. Kedua-dua jenis bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravidia ini dikelaskan sebagai bahasa Indic atau bahasa jenis India. Dalam pada itu, penutur bahasa lain yang dituturkan oleh penduduk India berbaki sebanyak 2.31% yang mana jenis bahasanya itu terdiri daripada bahasa Austroasia, Sino-Tibet, Tai-Kadai dan lain-lain keluarga bahasa serta bahasa terasing. Menurut People's Linguistic Survey of India atau Kaji Selidik Linguistik Penduduk India, India mempunyai jumlah bahasa kedua tertinggi di dunia iaitu sebanyak 780 bahasa selepas Papua New Guinea, yang mempunyai jumlah bahasa sebanyak 840 bahasa. Sedangkan, Ethnologue pula menyenaraikan jumlah bahasa yang lebih sedikit untuk India iaitu sebanyak 456 bahasa.

Bagi rujukan untuk bahasa India yang penting dituturkan di luar India, sila lihat senarai yang berikut:

Untuk rujukan lanjut mengenai bahasa di India, bahasa yang terpilih boleh didapati dalam bahagian "Rumpun Bahasa di Asia Selatan". Demikianlah, maklumat yang dapat dicatitkan mengenai bahasa di Republik India. Diharapkan maklumat ini memberikan sedikit gambaran mengenai situasi bahasa di Republik India.