Bahasa Hindi Piawai atau Ādhunika Mānaka Hindī, secara umumnya dirujuk sebagai bahasa Hindi sahaja. Ia adalah bentuk bahasa Hindustan piawai yang ditulis menggunakan aksara Devanagari. Bahasa Hindi menjadi bahasa rasmi India bersama dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa lingua franca di India Utara.
Bahasa Hindi dianggap sebagai daftar bahasa Hindustan yang disanskritkan tetapi diasaskan dari loghat Khariboli di Delhi serta kawasan yang berjiran dengannya.
Bahasa Hindi menjadi bahasa rasmi di enam buah negeri dan tiga wilayah kesatuan serta menjadi bahasa rasmi tambahan di tiga negeri di India. Selain itu, bahasa Hindi juga menjadi salah satu daripada 22 bahasa berjadual di Republik India.
Halaman ini dikemaskini pada 27 April 2021 bersamaan dengan 1 Jestha 1943 Saka. Proses mengemaskini akan berterusan dari tarikh seperti yang dicatatkan.