Pengenalan: Bahasa Hindi

Bahasa Hindi juga dituturkan pada tahap yang minimal di beberapa bahagian lain di India, selalunya dalam bentuk pidgin atau ringkas seperti bahasa Hindustan Pasar atau bahasa Hindi Haflong.

Di luar India pula, beberapa bahasa lain yang dikenalpasti secara rasmi sebagai bahasa "Hindi" namun tidak dirujuk sebagai bahasa Hindi Piawai yang dijelaskan di sini namun berasal dari bahasa lain yang berhampiran dengan kawasan penutur bahasa Hindi seperti bahasa Awadhi dan bahasa Bojhpuri. Bahasa yang sebegitu termasuklah bahasa Hindi Fiji, yang menduduki tempat bahasa rasmi di Fiji dan bahasa Hindustan Carribean yang dituturkan di Suriname, Trinidad dan Tobago dan Guyana.

Selain daripada sistem tulisan dan perbendaharaan kata rasmi, bahasa Hindi Piawai juga boleh difahami oleh penutur bahasa Urdu Piawai, iaitu satu lagi daftar bahasa Hindustan. Hal ini kerana, kedua-dua bahasa Hindi dan bahasa Urdu berkongsi perbendaharaan kata asas yang diterbitkan daripada bahasa Prakrit yang serumpun dengan bahasa Sanskrit.

Bahasa Hindi menjadi bahasa pertama yang keempat paling banyak dituturkan di seluruh dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris. Jika dijumlah sekali dengan penutur bahasa Urdu yang selari dengan bahasa Hindi, ia menjadi bahasa yang ketiga paling banyak dituturkan di dunia selepas bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Menurut laporan Ethnologue (2022, Edisi ke-25), bahasa Hindi adalah bahasa ketiga paling banyak dituturkan di dunia termasuklah oleh penutur bahasa Hindi sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua mereka.

Bahasa Hindi adalah bahasa yang paling pantas berkembang di India, diikuti boleh bahasa Kashmiri, bahasa Meitei, bahasa Gujarati dan bahasa Bengali mengikut Banci India Tahun 2011.