Istilah "Hindi" ini asalnya digunakan bagi merujuk kepada penduduk di Lembangan Indo-Ganga. Ia dipinjam daripada bahasa Parsi Klasik iaitu "Hendi" yang bermaksud segalanya yang berkaitan dengan "Hind" atau India.
Nama lainnya adalah "Hindavi" selalu juga digunakan juga pada zaman dulu. Sebagai contoh, Amir Khusrau pernah menggunakan istilah ini dalam syair beliau.
Istilah Hindi atau Hindu boleh dijejaki hingga ke bahasa Parsi Tua yang diterbitkan dari nama-nama bahasa Sanskrit seperti "Sindhu" merujuk kepada Sungai Indus. Kata selari bahasa Yunani, "Indus" merujuk kepada sungai di situ dan "India" bagi merujuk kepada tanah yang dialiri oleh sungai itu.
Bahasa Hindi Standard Moden kini digunakan sebagai istilah khusus bagi merujuk kepada bahasa persuratan Hindi yang moden berbanding dengan bahasa basahan dan kepelbagaian serantaunya juga dirujuk sebagai bahasa Hindi sahaja dalam maksud yang lebih meluas.