Pengenalan kepada Bahasa Hindustan

Bentuk loghatnya pula dikenali sebagai Zaban-e-Dakhani di India Selatan, Zaban-e-Gujari di Gujerat dan Zaban-e-Dehlavi di Delhi. Ia adalah sejenis bahasa Indo-Arya yang diterbitkan dari loghat bahasa Hindustan Barat khususnya loghat Delhi, dikenali juga sebagai Khariboli. Bahasa Hindustan adalah sejenis bahasa plucentric yang dicirikan sebagai sambungan loghat dengan dua daftar piawai iaitu Bahasa Hindi Moden Baku dan Bahasa Urdu Moden Baku. Bergantung kepada konteks sosial dan geografi, bahasa ini sebenarnya dipengaruhi oleh sebelah mana ia dituturkan.

Konsep bahasa Hindustan sebagai 'bahasa pemersatu' atau 'bahasa kacukan' diluluskan oleh Mahatma Gandhi. Proses mengalih bahasa dari Hindi dan Urdu dicapai hanya dengan melakukan proses transliterasi antara dua bentuk tulisan berbanding dengan terjemahan yang umumnya diperlukan apabila menyentuh sastera keagamaan atau kesusasteraan.

Puisi pertama bertulis dalam bentuk bahasa Hindi Lama boleh dikesan wujud sejak tahun 769 M. Semasa zaman kesultanan Delhi yang merangkumi hampir keseluruhan India pada hari ini, timur Pakistan dan selatan Nepal serta Bangladesh, hubungan dengan kebudayaan Islam berlaku dan bahasa Prakrit yang menjadi dasar kepada bahasa Hindi Lama diperkaya dengan kata pinjaman dari bahasa Parsi lalu berevolusi sehingga menjadi bentuknya seperti kini. Bahasa percakapan Hindustan menjadi ungkapan kepada kesatuan bangsa India semasa pergerakan kemerdekaan India dan terus menjadi bahasa percakapan orang awam di utara benua kecil India. Hal ini dicerminkan dalam perbendaharaan kata bahasa Hindustan dalam lagu serta filem Bollywood.

Kosa kata asas bahasa Hindustan diterbitkan dari bahasa Prakrit dengan kata pinjaman yang sepadan dari bahasa Parsi dan bahasa Arab menerusi bahasa Parsi. Jumlah penutur bahasa Hindustan hanya dianggarkan sahaja. Ethnologue melaporkan bahawa menjelang tahun 2020, bahasa Hindi dan bahasa Urdu akan menjadi bahasa ketiga paling banyak dituturkan di dunia selepas bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin dengan 810 juta penutur asli dan penutur bahasa kedua. Walaupun hal ini termasuklah mereka yang mendakwa bahawa bahasa mereka sebagai bahasa Hindi namun dalam banci India mereka menuturkan bahasa Hindi lain-lain loghat. Jumlah keseluruhan penutur bahasa Hindi-Urdu dilaporkan melebihi 300 juta orang pada tahun 1995 menjadikan bahasa Hindustan sebagai bahasa ketiga atau keempat paling banyak dituturkan di seluruh dunia.