Rumpunan Bahasa di Asia Selatan

Dari segi etnolinguistik, bahasa-bahasa di Asia Selatan, mengulangi sejarah rumit dan geografi rantaunya, membentuk tompokan rumit rumpunan bahasa, fila bahasa dan bahasa yang terasing. Bahasa-bahasa yang dituturkan di India tergolong kepada beberapa rumpunan bahasa, yang utamanya itu adalah bahasa rumpun Indo-Arya dituturkan oleh 78.05 peratus bangsa India dan bahasa rumpun Dravidia yang dituturkan oleh 19.64 peratus bangsa India.

Rumpun bahasa dari segi ramai penuturnya dalam banci tahun 2011 adalah seperti berikut:

  • Bahasa Indo-Arya
  • Dravidia
  • Austroasia atau Mon-Khmer
  • Tibeto-Burma
  • Semito-Ham

Rumpun Bahasa Indo-Arya

Rumpun bahasa terbesar yang diwakili oleh penuturnya adalah rumpun bahasa Indo-Arya, yang merupakan satu cawangan daripada rumpun besar bahasa Indo-Iran, yang paling ke timur dan merupakan saudara bau-bau bacang kepada rumpun bahasa Indo-Eropah. Rumpun bahasa ini mengatasi semua rumpunan bahasa lain dengan sejumlah 1035 juta orang penutur atau lebih daripada 76.5% populasi mengikut perangkaan pada tahun 2018.

Bahasa rumpun Indo-Arya yang paling meluas sekali pertuturannya di India adalah seperti berikut:

  • Bahasa Hindi
  • Bahasa Bengali
  • Bahasa Marathi
  • Bahasa Gujarati
  • Bahasa Bhojpuri
  • Bahasa Awadhi
  • Bahasa Odia atau bahasa Kalinga
  • Bahasa Maithili
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Marwari
  • Bahasa Kashmir atau bahasa Koshur
  • Bahasa Assam
  • Bahasa Chattisgarh
  • Bahasa Sindhi

Selain daripada bahasa-bahasa Indo-Arya, bahasa Indo-Eropah lain yang dituturkan di India yang paling menonjol sekali adalah bahasa Inggeris. Ia menjadi lingua franca atau bahasa perhubungan antara suku kaum dan bangsa di India.

Rumpun Bahasa Dravidia

Rumpun bahasa kedua terbesar di India adalah rumpun bahasa Dravidia yang mempunyai seramai 277 juta orang penutur iaitu kira-kira 20.5% mengikut perangkaan tahun 2018. Bahasa rumpun Dravidia dituturkan terutamanya sekali di India Selatan dan beberapa bahagian di Timur dan Tengah India serta di Timur Laut Sri Lanka, Pakistan, Nepal dan di Bangladesh. Bahasa-bahasa Dravidia yang ramai sekali penutur adalah seperti berikut:

Selain daripada populasi arus perdana, bahasa-bahasa Dravidia turut dituturkan oleh komuniti puak berjadual seperti puak Oraon dan puak Gond. Hanya dua sahaja bahasa Dravidia yang dituturkan secara eksklusif di luar negara India iaitu bahasa Brahui di Balochistan, Pakistan dan bahasa Dhangar, iaitu loghat kepada bahasa Kurukh di Nepal.