Pengenalan Bahasa di India

Perkara 343 Perlembagaan Kesatuan India menyatakan bahawa bahasa rasmi di Kesatuan India adalah bahasa Hindi dalam aksara Devanagri, dengan penggunaan bahasa Inggeris secara rasmi berterusan selama 15 tahun dari tahun 1947. Kemudian, pindaan perlembagaan dibuat dengan Akta Bahasa-Bahasa Rasmi 1963 membenarkan penggunaan bahasa Inggeris secara berterusan bersama dengan bahasa Hindi dalam pemerintahan India sehinggalah perundangan membuat keputusan untuk mengubahnya. Bentuk angka yang digunakan bagi tujuan rasmi di Kesatuan adalah "bentuk angka India antarabangsa" yang merujuk kepada angka Arab di kebanyakan negara berbahasa Inggeris. Di sebalik kesilapan konsep dalam pemahaman orang ramai, bahasa Hindi sebenarnya bukan bahasa rasmi India. Perlembagaan India tidak memberikan sebarang bahasa di India status sebagai bahasa kebangsaan.

Jadual Kelapan Perlembagaan India menyenaraikan sebanyak 22 bahasa yang dirujuk sebagai bahasa berjadual dan diberikan pengiktirafan, taraf, dan galakan rasmi. Sebagai tambahan, Pemerintah India menganugerahkan taraf bahasa klasik kepada bahasa Kannada, Malayalam, Oriya, Sanskrit, Tamil dan Telugu. Taraf ini diberikan kepada bahasa yang mempunyai warisan yang kaya serta mempunyai ciri yang bebas.

Menurut Banci India 2001, India mempunyai sebanyak 122 bahasa utama dengan 1,599 bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, angka dari sumber lain boleh jadi berbeza, utamanya disebabkan oleh perbezaan definisi antara istilah "bahasa" dan "loghat". Banci 2001 juga merekodkan sebanyak 30 bahasa yang dituturkan oleh lebih daripada sejuta penutur asli dan 122 yang dituturkan oleh lebih daripada 10,000 orang penutur. Dua bahasa perhubungan memainkan peranan penting dalam sejarah India adalah bahasa Parsi dan bahasa Inggeris. Bahasa Parsi menjadi bahasa istana pada zaman empayar Mughal di India dan menjadi bahasa pentadbiran selama beberapa abad sehinggalah pada zaman empayar British di India. Bahasa Inggeris seterusnya menjadi bahasa utama di India. Ia digunakan dalam pendidikan tinggi dan dalam beberapa bahagian dalam pentadbiran India.

Selanjutnya, bahasa Hindi mempunyai penutur sebagai bahasa pertama yang teramai sekali di India pada hari ini. Ia menjadi lingua franca di kebanyakan bahagian di utara dan tengah India. Namun, terdapat juga kebimbangan dilahirkan apabila bahasa Hindi dipaksa di India Selatan terutamanya di negeri Tamil Nadu dan Karnataka. Sesetengah orang di negeri Maharashtra, Bengal Barat, Assam, Punjab serta di rantau bukan berbahasa Hindi lain turut melahirkan kebimbangan dengan bahasa Hindi yang dipaksa di negeri mereka. Bahasa Bengali yang merupakan bahasa kedua terbesar dituturkan dan difahami di India juga mempunyai penutur yang besar di negeri-negeri timur dan timur laut India. Bahasa Marathi pula merupakan bahasa ketiga paling banyak difahami dan dituturkan di India mempunyai ramai penutur di barat daya, diikuti oleh bahasa Telugu, yang dituturkan di sebelah tenggara.

Bahasa Hindi menjadi bahasa yang pantas sekali perkembangannya di India. Ia diikuti oleh bahasa Kashmir, bahasa Meitei atau bahasa Manipuri, bahasa Gujarati dan bahasa Bengali mengikut Banci India 2011. Selain itu, Ethnologue menyebut bahawa India mempunyai 148 bahasa Sino-Tibet, 140 bahasa Indo-Arya, 84 bahasa Dravidia, 32 bahasa Austroasia, 14 bahasa Andaman, dan lima (5) bahasa Tai-Kradai.