Kaji selidik rasmi yang awal mengenai kepelbagaian bahasa di benua kecil India telah dijalankan oleh Tuan George Abraham Grierson antara tahun 1898 hingga tahun 1928. Kaji selidik yang berjudul Linguistic Survey of India melaporkan sejumlah 179 bahasa dan 544 loghat di benua kecil India. Walau bagaimanapun, hasil tersebut tidaklah muktamad disebabkan oleh masalah berikut iaitu:
- Kekaburan dalam membezakan "loghat" dan "bahasa";
- penggunaan kakitangan kaji selidik yang tidak terlatih; dan
- Kekurangan data laporan dari India Selatan kerana bekas wilayah seperti Burma dan India, Cochin, Hyderabad, Mysore dan Travancore tidak dimasukkan ke dalam kaji selidik.
- Institusi - 45
- Stabil - 248
- Berisiko pupus - 131
- Pupus - 11
Kaji Selidik Linguistik Penduduk India atau The People's Linguistic Survey of India, institusi penyelidikan swasta di India merekodkan sebanyak 66 jenis aksara berbeza serta lebih daripada 780 bahasa di India semasa kaji selidik seluruh negara diadakan. Projek The People of India (POI) dalam Anthropological Survey of India melaporkan sebanyak 325 bahasa yang digunakan dalam komunikasi kelompok oleh seramai 5,633 komuniti India.
Banci Perangkaan India
Banci India merekodkan dan menerbitkan data berkaitan dengan jumlah penutur bagi bagi bahasa serta loghat, namun menggunakan istilah khasnya yang tersendiri, membezakan antara bahasa dengan bahasa ibunda.
Bahasa ibunda dikelompokkan dalam setiap bahasa. Kebanyakan daripada bahasa ibunda ini mempunyai definisi yang lengkap sehingga ia boleh dianggap sebagai satu bahasa berbanding dengan sebagai satu loghat mengikut piawaian linguistik. Hal ini juga menyentuh banyak bahasa ibunda dengan berjuta-juta penutur yang dikelompokkan secara rasmi di bawah bahasa Hindi.
Banci Tahun 1951
Jumlah berbeza untuk bahasa Hindi, bahasa Urdu dan bahasa Punjabi tidak dikeluarkan disebabkan oleh hakikat bahawa ia secara sengaja direkodkan dengan tidak tepat di negeri seperti Punjab Timur, Himachal Pradesh, Delhi, Patiala dan Kesatuan Punjab Timur (PEPSU), serta Bilaspur.
Banci Tahun 1961
Banci tahun 1961 mengenalpasti bahawa 1,652 bahasa ibunda yang dituturkan oleh seramai 438,936,918, mengambil kira semua perisytiharan yang dibuat oleh setiap individu pada ketika itu apabila banci itu dijalankan.
Walau bagaimanapun, individu yang memperisytihar selalunya mencampurkan nama bahasa dengan loghat, loghat rantingan dan kluster loghat atau pun jati kasta, kerjaya, agama, lokaliti, rantau, negara dan suku kaum. Senarai oleh itu, termasuklah bahasa dengan individu penutur yang sedikit dan juga 530 bahasa ibunda yang tidak dikelaskan serta lebih daripada 100 bahasa yang bukan asli kepada India, termasuklah demonim linguistik yang tidak spesifik termasuklah jenis "Afrika," "Kanada," atau "Belgium."
Banci Tahun 1991
Banci tahun 1991 mengenalpasti sebanyak 1,576 bahasa ibunda. Menurut banci 1991, sebanyak 22 bahasa mempunyai lebih daripada sejuta penutur asli, 50 bahasa tersebut mempunyai lebih daripada 100,000 dan 114 bahasa lagi mempunyai lebih daripada 10,000 penutur asli. Bakinya lagi diperkirakan berjumlah 566,000 penutur asli daripada sejumlah 838 juta orang India pada tahun 1991.
Banci Tahun 2001
Menurut banci tahun 2001, terdapat kira-kira 1,635 bahasa yang dirasionalisasikan sebagai bahasa ibunda, 234 bahasa yang dikenalpasti sebagai bahasa ibunda dan 22 bahasa utama.
Daripada bahasa-bahasa ini, sebanyak 29 bahasa mempunyai lebih daripada sejuta penutur asli, 60 bahasa mempunyai lebih daripada 100,000 penutur asli dan 122 lagi lebih daripada 10,000 penutur asli. Terdapat beberapa bahasa seperti bahasa Kodava yang tidak mempunyai sistem tulisan namun mempunyai sekelompok penutur di daerah Kodagu, Karnataka.
Banci Tahun 2011
Menurut banci yang terbaru pada tahun 2011, selepas semua penelitian lanjut linguistik, suntingan dan rasionalisasi dijalankan mengenai sebanyak 19,569 pertalian linguistik mentah, banci mengenal pasti sebanyak 1,369 bahasa yang dirasionalisasikan sebagai bahasa ibunda dan 1,474 nama bahasa yang dikenalpasti sebagai "tiada klasifikasi" dan dimasukkan ke dalam kategori bahasa ibunda "lain-lain". Dalam kalangan sebanyak 1,369 bahasa yang dirasionalisasikan sebagai bahasa ibunda yang dituturkan oleh seramai 10,000 orang atau lebih penutur seterusnya dikelompokkan dalam set yang sesuai yang menimbulkan sejumlah 121 bahasa. Daripada 121 bahasa ini, sebanyak 22 bahasa telah pun menjadi sebahagian daripada Jadual Kelapan Perlembagaan India dan 99 bahasa lagi diistilahkan sebagai "jumlah besar bahasa bahasa lain" yang hampir menjadi bahasa-bahasa lain yang dikenalpasti dalam banci tahun 2001.