Makanan India mempunyai pelbagai jenis hidangan rantau dan tradisional yang asli kepada benua kecil India. Oleh kerana kepelbagaian jenis tanahnya, cuaca, budaya, kumpulan etnik, dan pekerjaan, maka hidangan ini menjadi pelbagai pula berikutan penggunaan rempah, herba, sayuran dan buah-buahan yang berbeza. Makanan di India turut dipengaruhi oleh agama khususnya agama Hindu dan agama Islam, pilihan kebudayaan serta tradisi tempatan.
Mohon masukkan masakan yang penting untuk diketahui oleh penutur bahasa Melayu supaya mereka celik mengenai asal usul masakan yang berasaskan masakan India. Terima kasih.