Tamadun Lembah Indus atau Indus Valley Civilization (IVC) adalah tamadun Zaman Gangsa di barat laut Asia Selatan berusia antara tahun 3300 SM sehingga 1300 SM dan mencapai kematangan dari tahun 2600 SM sehingga 1900 SM. Ia merupakan salah satu daripada tiga tamadun di Timur Dekat dan Asia Selatan. Ia melebar di tapaknya dari timur laut Afghanistan merentasi hampir keseluruhan Pakistan sehingga ke barat serta barat laut India. Ia berkembang di lembangan Sungai Indus yang mengalir merentasi Pakistan dan di sepanjang Sungai Ghaggar-Hakra di barat laut India dan timur Pakistan pada zaman moden.
Pada tahun 2019, satu kajian telah diterbitkan oleh Shinde et. al mengenai genome yang dibina semula daripada tulang rangka seorang wanita yang ditemui di perkuburan yang berkait dengan IVC di Rakhigarhi, Haryana, India bertarikh antara 2,800 - 2,300 SM. Analisis mencadangkan bahawa majoriti genome yang dibangunkan semula itu berkaitan rapat dengan pemburu dan pengumpul hasil mahsul Iran pada zaman Mesolitik. Baki dalam genome tersebut pula didapati berkait rapat dengan pengumpul hasil mahsul Andaman, difikirkan mewakili nenek moyang pemburu dan pengumpul hasil mahsul Asia Selatan yang diistilahkan sebagai Nenek Moyang Orang India Selatan Purba atau Ancient Ancestral South Indian (AASI). Genome ini nampaknya kekurangan nenek moyang dari Pengembala Padang Rumput Barat yang ditemui dalam orang Asia Selatan moden terutamanya mereka di utara benua kecil India atau nenek moyang petani Anatolia zaman Neolitik dan lebih awal daripada penghijrahan suku bangsa Indo Arya. Nenek moyang individu yang berkaitan dengan IVC sama dengan nenek moyang majoriti penduduk di rantau Asia Selatan pada zaman moden. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekaburan bukti mengenai nenek moyang sebelah ibu mereka.
Rujukan yang berkaitan boleh juga dibuat dalam Who were the Indus People? Indus Valley, Year 6 and Year 5, Bitesize, British Broad Casting (BBC).
