Pengenalan Tamadun Lembah Indus

Bandar-bandar dalam tamadun ini disedari mempunyai perancangan bandar, rumah diperbuat dari bata bakar, sistem perparitan yang panjang, sistem bekalan air, kelompok bangunan besar yang bukan kediaman, teknik pertukangan seperti mengukir cap atau produk hiasan untuk perubatan serta peleburan besi seperti gangsa, tembaga dan bijih timah.

Bandar besar seperti Mohenjo-daro dan Harappa nampaknya mengandungi penduduk antara 30,000 dan 60,000 orang. Tamadun ini sendiri secara keseluruhannya mengandungi antara sejuta dan lima juta penduduk semasa zaman perkembangannya. Pengeringan tanah di rantau ini sedikit demi sedikit pada abad ke-3 SM menyebabkan berlaku pemacuan kepada perbandaran yang dikaitkan dengan tamadun ini. Namun, akhirnya musim tengkujuh yang lemah dan kekurangan bekalan air menjadikan tamadun ini lemah lalu jatuh. Penduduknya bertebaran keluar dari situ menghala ke timur dan ke selatan.  

Tamadun Indus dikenali juga sebagai Tamadun Harappan selepas tapak jenishnya iaitu Harappa, menjadi tapak pertama yang ditemui dalam cari gali tamadun purba pada abad ke-20 masihi. Ia ditemui di wilayah Punjab, British India yang kini berada dalam rantau Republik Pakistan. Penemuan kota Harappa ini seterusnya diikuti oleh penemuan kota Mohenjo-dari yang kemuncak kerja cari galinya itu bermula pada tahun 1861 dengan penemuan Archaeological Survey of India semasa zaman pemerintahan British di India. Selain itu, terdapat juga kebudayaan awal dan lewat yang selalu digelar sebagai Harappan Awal dan Harappan Lewat di kawasan yang sama. Oleh sebab itu, Tamadun Harappan juga dikenali sebagai Harappan Matang untuk membezakannya dari kebudayaan lain.

Menjelang tahun 2002, lebih daripada 1,000 kota Harappan dan penempatan dilaporkan wujud. Hanya 100 sahaja yang ditemui dalam usaha cari gali sejarah. Walau bagaimanapun, terdapat hanya lima sahaja bandar utama dalam tamadun ini iaitu:

  • Harappa
  • Mohenjo-daro (Tapak Warisan Dunia UNESCO)
  • Dholavira
  • Ganeriwala; dan
  • Rakhigarhi
Kebudayaan Harappan awal didahului oleh kampung-kampung penduduk tempatan dari kebudayaan Neolitik di mana lembangan sungai tersebut pernah didiami oleh manusia. Bahasa Harappan tidak dapat disaksikan secara terus serta perkaitannya dengan aksara Indus juga tidak dapat dipastikan sehingga ke hari ini. Sebahagian sarjana berpandangan bahawa terdapat hubungan antara bahasa di situ dengan bahasa Dravidia atau Elamo-Dravidia.