Kronologi Tamadun Indus

Kota-kota di Indus purba didapati mempunyai hierarki sosial, sistem tulisan, perancangan kota dan juga menunjukkan hubungan perdagangan. Hal ini menyebabkan ahli arkeologi mengelaskan kawasan ini sebagai satu "tamadun" yang lengkap. Fasa matang tamadun Harappa pula bermula dari sekitar 2600 - 1900 SM.

Dengan kemasukan kebudayaan cikal bakal dan penerusnya - Harappan Awal dan Harappan Lewat - seluruh Tamadun Lembah Indus bolehlah dianggap sebagai bermula dari abad ke-33 sehingga 14 SM. Turut menjadi sebahagian daripada "Tradisi Lembah Indus", yang merangkumi pendudukan pra-Harappan di Mehrgarh, kawasan pertanian terawal di Lembah Indus.

Beberapa pentarikhan digunakan untuk Tamadun Lembah Indus (IVC). Pentarikhan yang paling biasa sekali digunakan itu mengelaskan IVC sebagai Fasa Harappan Awal, Matang dan Lewat. Pendekatan alternatif oleh Shaffer pula membahagikan Tradisi Lembah Indus yang lebih luas lagi kepada empat era iaitu "Era Awal Penghasilan Makanan" pra-Harappan, era Kerantauan, era Integrasi, dan era Penempatan, yang selaras secara kasarnya dengan fasa Harappan Awal, Harappan Matang dan Harappan Lewat.