Agama dan Kepercayaan

A. Agama 

Agama di benua kecil India dicirikan oleh kepelbagaian dalam kepercayaan dan amalannya. Sepanjang sejarahnya, agama memainkan peranan penting dalam pembentukan kebudayaan di benua kecil India. Benua kecil India menjadi tempat kelahiran empat agama dunia yang terbesar iaitu agama Hindu, Buddha, Jain dan Sikh yang kesemuanya ini dikenali sebagai agama asli India atau agama Dharma serta mewakili sebanyak 83% populasi di negara India sahaja. Bacaan lanjutnya boleh didapati dengan klik di sini

Berikut adalah bacaan lanjut bagi kepercayaan yang ada di benua kecil India di mana aku telah kumpulkan sebahagiannya dalam tajuk besar yang boleh diakses secara beransur-ansur dalam bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan lanjutan dibuat:

B. Kehidupan Selepas Kematian

Selain daripada itu, terdapat juga kepercayaan mengenai kehidupan selepas kematian di benua kecil India. Menurut Hamilton Inbadas dalam jurnal Indian Philosophical Foundations of Spirituality at the End of Life (2018), pemahaman kerohanian yang semakin berkembang menuntut kepada lebih banyak penyelidikan teori mengenai subjek ini. Kajian empirik juga menggariskan keperluan untuk penjelajahan falsafah dan konsep kebudayaan bagi memberikan kefahaman yang mudah mengenai kerohanian di penghujung hayat.

Bahagian ini menjelajahi sedikit sebanyak falsafah India bagi memaklumi konseptualisasi kerohanian di penghujung hayat dari konteks India. Tiga tema dari perbincangan mengenai kerohanian di penghujung hayat diperhatikan iaitu:
Peribadi manusia itu adalah dari ilahi, abadi dan mampu berfikir serta mengalami pengalaman. Tujuan hidup manusia itu adalah untuk bersatu dengan Hakikat Mutlak, Ilahi, dengan menjalani kehidupan secara benar mengikut jalan yang disyorkan untuk mencapai kebebasan dari khayalan duniawi. Kematian itu adalah sebahagian daripada kehidupan dan kehidupan tidak berakhir dengan kematian. Saat kematian itu dilihat sebagai peluang untuk mencapai kenaikan tertinggi iaitu moksha. Penelitian pada asas falsafah ini boleh menyumbang kepada bingkai konteks yang boleh digunakan untuk memahami keperluan kerohanian untuk menenangkan pesakit serta keluarga mereka dan mewujudkan kemungkinan memperkembang pendekatan kebudayaan yang relevan bagi memberikan penjagaan kerohanian kepada mereka yang memerlukan di penghujung hayat mereka. Bacaan lanjut mengenai keperluan memahami konsep kerohanian ini boleh didapati di sini