Penulis rencana mengenai kematian ini mewakili pemikiran utama mengenai hal seperti berikut:
- Konsep peribadi manusia;
- Tujuan kehidupan manusia; dan
- Makna kematian berdasarkan kepada penilaian sastera falsafah India serta Tamil.
Penemuan juga turut mendedahkan hal seperti di atas mempengaruhi pemahaman kerohanian orang India mengenai ajal. Walaupun terdapat perbezaan dalam kalangan aliran pemikiran yang diwakili oleh orang India namun mereka kesemuanya bersetuju mengenai kepentingan jiwa, tujuan tertinggi bagi mencapai moksha dan keperluan untuk hidup secara benar dalam kerangka persediaan menempuhi kematian. Hal ini dicirikan dengan pemenuhan dan keamanan bagi mencapai kesatuan dengan ilahi.
Kajian empirik mengenai kerohanian pada penghujung hayat yang dijalankan di India menunjukkan bahawa konsep falsafah India ini mempunyai pengaruh yang besar kepada penceritaan semasa mengenai kerohanian pada penghujung hayat (Gielen, Bhatnagar & Chaturvedi, 2017; Simha et. al., 2013). Penemuan dari kajian ini memaparkan peranan agama dan konsep falsafah yang membentuk persepsi peserta dalam kajian mengenai kerohanian. Perbualan dalam ruang klinikal juga selalu menjadi plarform bagi pesakit dan keluarga mereka mengungkapkan pandangan dan kebimbangan yang mungkin mengandungi nilai kerohanian yang mendalam. Penghargaan kepada asas falsafah dan konteks kebudayaan dari dalam yang menimbulkan hal ini menyediakan satu rangka kerja kepada pakar klinikal untuk memahami pengalaman pesakit dan keluarga mereka serta memberikan tindak balas yang bersesuaian pula kepada mereka.
Penjelajahan falsafah sebegitu adalah penting untuk membentuk pandangan komprehensif mengenai persepsi kepada kerohanian di penghujung hayat dalam persekitaran India. Selanjutnya lagi, kajian diperlukan bagi menerbitkan kaedah mengesan bagaimana asas falsafah ini terus membentuk dan mempengaruhi kerohanian individu serta komuniti tatkala mereka bertindak balas kepada kematian dan ajal pada hari ini. Pendekatan kepada pemahaman kerohanian ini menyediakan satu kerangka konteks bagi pemahaman tentang keperluan penjagaan paliatif pesakit dan keluarga mereka serta mempersembahkan kemungkinan bagi memperkembang pendekatan kebudayaan yang relevan dalam menyediakan penjagaan kerohanian kepada pesakit yang sedang nazak.