Vedisme

Agama zaman purba dalam sejarah disebut sebagai agama Veda yang dirangkumkan dalam istilah vedicisme atau vedisme. Kadang kala ia disebut sebagai agama Hindu purba atau agama Hindu kitab suci Veda. Agama ini mengandungi buah fikiran dan amalan yang terkenal dalam kalangan orang Indo-Arya di barat laut benua kecil India seperti di Punjab serta bahagian barat lembangan Ganges semasa zaman Veda (1500 - 500 SM).

Buah fikiran dan amalan yang ditemui dalam sastera suci Veda dan beberapa amalan Veda masih lagi diamalkan hingga ke hari ini. Agama kitab suci Veda menjadi salah satu daripada tradisi yang mencorakkan agama Hindu moden walaupun agama Hindu pada masa kini menunjukkan perbezaan yang sangat besar dengan agama Veda yang terdapat dalam lipatan sejarah.