Vedisme merujuk kepada bentuk tertua kepada agama Veda iaitu tatkala orang Indo-Arya memasuki Lembah Sungai Indus dalam pelbagai gelombang pada abad ke-2 SM.
Sementara itu, Brahmanisme merujuk kepada perkembangan lanjut daripada zaman Veda lewat yang terbentuk di lembangan Ganges sekitar 1000 SM. Menurut Heesterman, "Ia dikenali secara umumnya sebagai Brahmanisme kerana kepentingan keagamaan dan perundangannya diletakkan di atas kelompok masyarakat Brahmana, iaitu golongan pemuka agama dalam masyarakat.
Pada zaman Veda lewat, kitab Brahmana dan kitab Upanishad awal terbentuk. Kedua-dua Vedisme dan Brahmanisme ini meletakkan Veda di tempat yang suci, manakala Brahmanisme pula lebih terangkum, kerana ia menjalinkan doktrin serta tema yang melampaui kitab suci Veda dengan amalan seperti pemujaan di pura, puja, samadhi, sadhana, vegetarianisme, peranan guru dan elemen bukan Veda lain yang penting dalam kehidupan seseorang Hindu.
Hinduisme Purba vs. Hinduisme Veda
Istilah Hinduisme Purba dan Hiduisme Veda digunakan bagi merujuk kepada agama Veda purba. Menurut Heinrich von Stietencron dalam penerbitan Barat abad ke-19 masihi, agama Veda dipercayai berbeza dan langsung tidak berkaitan dengan agama Hindu. Sebaliknya, agama Hindu difikirkan berkaitan dengan epik Hindu dan Purana menerusi aliran yang didasarkan kepada purohita, tantra dan bhakti.
Sebagai tindak balas kepada penjajahan dan tindakan penyebaran agama Kristian terutamanya zending Protestan maka pergerakan pembaharuan Hindu pun timbul di benua kecil India seperti Brahmo Samaj dan Neo Vedanta pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang menolak "khurafat" dari agama Hindu kitab Purana. Mereka berpandangan bahawa agama kitab Purana ini telah melencong dari warisan kitab suci Veda lalu mereka berkempen supaya orang Hindu sekelian kembali semula kepada kitab suci Veda, menegakkan semula "angan-angan" agama Hindu purba yang monoteistik yang setanding dengan agama Kristian mazhab Protestan.
Pada abad ke-20 masihi, golongan neo-Hindu menekankan kepada akar kitab suci Veda, dan pemahaman yang lebih baik mengenai agama Veda, warisan bersamanya dan teologi dalam agama Hindu kontemporari. Hal ini menyebabkan cendekiawan sejarah melihat agama Veda dalam sejarah itu sebagai nenek moyang kepada agama Hindu moden.
Sehingga kini, agama Veda diterima umum sebagai cikal bakal kepada agama Hindu moden namun ia tidak semestinya sama dengan agama Hindu moden kerana bukti kesusasteraan mencadangkan bahawa terdapat perbezaan yang besa di antara kedua-dua agama ini. Perbezaan ini termasuklah dari segi kepercayaan akhirat berbanding dengan konsep alam akhirat yang diperkembang kepada penjelmaan semula serta samsara.
Walau bagaimanapun, sementara, "selalu diajarkan bahawa permulaan Hinduisme dalam sejarah itu dikira pada awal abad masihi," apabila "kecenderungan utama, elemen penting yang mencakupi segala tradisi Hindu itu, terkumpul bersama-sama," maka sesetengah sarjana pun berpandangan bahawa istilah "Hinduisme" itu meliputi Vedisme dan Brahmanisme, sebagai tambahan kepada penyatuan yang terbaru ini.