Brahmanisme merujuk kepada tradisi agama India yang muncul dari agama Veda yang awal. Pada awal abad 1 SM, Brahminisme menekankan kepada pengamalan upacara yang dijalankan oleh Brahmana atau Brahmin yang kemudian berkembang menjadi satu wangsa dalam masyarakat India purba. Selain itu, Brahminisme dikaitkan dengan Brahman atau Hakikat Mutlak seperti yang diteorikan oleh Upanishad. Berbeza pula dengan Hinduisme yang muncul selepas pertengahan abad 1 SM di mana Hinduisme lebih menekankan kepada kebaktian kepada dewata tertentu seperti Siva dan Vishnu.
Sekitar abad ke-19, sarjana Barat pertama yang berminat dengan agama di benua kecil India telah mengkaji Brahmanisme dan menggunakan istilah Brahmanisme bagi merujuk kepada kedudukan para Brahmin dalam menjalankan upacara keagamaan dan kepentingan yang diberikan oleh mereka kepada Brahman. Sarjana yang seterusnya menggambarkan Brahmanisme sebagai sama ada salah satu tahap evolusi dalam agama Hindu atau sebagai tradisi agama yang berbeza. Walau bagaimanapun, di sekitar amalan agama Hindu terutamanya sekali di negara India, Brahmanisme umumnya dipandang sebagai salah satu daripada tradisinya berbanding dengan dipandang sebagai agama yang berasingan.
- Pengenalan kepada Agama Kitab Suci Veda
- Istilah Rujukan Agama
- Asal Usul dan Perkembangan
- Brahmanisme dalam Sejarah
- Sejarah Kesusasteraan Zaman Veda
Ciri-Ciri Agama Kitab Veda
Buah fikiran mengenai penjelmaan semula atau samsara tidak pernah disebut dalam lapisan awal sastera agama Veda dalam sejarah seperti Rigveda. Ramachandra Dattatreya Ranade menyatakan bahawa lapisan Rigveda seterusnya juga tidak menyebut mengenai buah fikiran yang mencadangkan pendekatan terhadap buah fikiran mengenai kelahiran semula.
Lapisan awal kitab suci Veda juga tidak menyebut mengenai doktrin karma dan kelahiran semula. Namun, ia menyebut mengenai kepercayaan wujudnya akhirat atau kehidupan selepas kematian. Menurut kepada Sayers, lapisan terawal sastera Veda menunjukkan wujudnya pemujaan nenek moyang dan juga amalan seperti sraddha iaitu amalan mempersembahkan sajian makanan kepada nenek moyang. Sastera Veda terkemudian seperti Aranyaka dan Upanishad menunjukkan soteriologi yang berbeza berdasarkan kepada penjelmaan semula, yang menunjukkan sedikit sahaja fokus kepada amalan penyembahan kepada nenek moyang, dan amalan-amalan awal ini ditafsirkan secara falsafah pula. Buah fikiran mengenai penjelmaan semula dan karma berakar umbi dari Upanishad dalam Zaman Veda Lewat, lebih awal daripada ajaran Gautama Buddha dan Mahavira. Begitu juga, lapisan sastera Veda terkemudian seperti Brihadaranyaka Upanishad (800 SM) seperti dalam seksyen 4.4 membincangkan versi terawal ajaran mengenai karma serta sebab musabab.
Agama Veda purba kekurangan kepercayaan kepada penjelmaan semula dan konsep seperti Samsara atau Nirvana. Ia merupakan kepercayaan animisme yang rumit dengan aspek politheisme serta pantheisme. Pemujaan nenek moyang merupakan unsur penting, mungkin juga menjadi komponen utama dalam agama Veda purba. Unsur pemujaan nenek moyang ini masih wujud lagi dalam Hinduisme moden dalam bentuk upacara Sraddha.
- Upacara Penyembahan
- Kumpulan Dewata
- Para Resi
- Tatasusila
- Ceritera Veda
Menurut Patrick Olivelle yang merupakan sarjana bahasa Sanskrit dan agama-agama India menyatakan bahawa sesetengah sarjana berpendapat bahawa tradisi kezuhudan merupakan "perkembangan buah fikiran yang organik dan logik ditemui dalam kebudayaan agama Veda", manakala yang lain pula berpandangan bahawa hal ini timbul dari "penduduk asli bukan Arya". Perdebatan cendekiawan ini panjang sekali dan masih lagi belum berakhir hingga kini.
Sekian, terima kasih.
