Secara ringkasnya, amalan kerohanian dalam kepercayaan penduduk di benua India ini sangatlah pelbagai dan tidak terhad kepada satu cara sahaja. Mereka menjalankan beberapa bentuk amalan seperti berikut:
- Pemujaan iaitu penyembahan yang dijalankan di rumah, sanggar atau tapak candi;
- Kebaktian iaitu pematuhan atau panutan kepada dewata;
- Yoga iaitu penyatuan jiwa dengan dewata atau alam semesta menerusi samadhi, asana dan tindakan pranayama;
- Dharma iaitu menjalankan tanggungjawab dalam kehidupan serta mempertahan kesusilaan dalam alam semesta; dan
- Karma iaitu memperhatikan amal perbuatan, penyebab timbulnya perbuatan tersebut serta akibatnya.
Amalan tambahan lain yang sebenarnya boleh tergolong dalam perkara di atas adalah seperti berikut:
- Japa iaitu membaca atau menyebut nama-nama suci;
- Satsang iaitu menghadiri kumpulan pemujaan;
- Tirtha-yatra iaitu menjalankan ziarah di tempat-tempat suci seperti sungai, gunung, hutan dan sebagainya; dan
- Sambhyasa iaitu mempelajari dan menyelidiki kitab suci.
Kesemua hal di atas digolongkan sebagai marga yang dijalankan demi mencapai moksha atau keselamatan daripada lingkaran penjelmaan semula.
Sekian, terima kasih.