Falsafah India mengandungi pelbagai tradisi falsafah dari benua kecil India. Pengelasan tradisional Hindu untuk falsafah ini membahagikan alirannya kepada astika dan nastika bergantung kepada salah satu daripada tiga kriteria yang terpilih iaitu:
- kepercayaan kepada kitab suci beda sebagai sumber pengetahuan yang sah;
- sama ada aliran tersebut percaya dalam premis Brahman dan Atman; dan
- sama ada aliran tersebut percaya kepada kehidupan selepas kematian dan para dewata.
Falsafah yang berasaskan kepada kitab suci veda disebut sebagai astika dan boleh dibahagikan kepada enam jenis seperti berikut:
- Nyaya
- Vaisheshika
- Samkhya
- Yoga
- Mimamsa
- Vedanta
Selain itu, falsafah yang bersifat heterodoks disebut pula sebagai nastika atau yang diasaskan oleh golongan shramana. Sebanyak lima aliran semuanya dikenalpasti dan disenaraikan seperti berikut:
- Ajivika
- Ajnana
- Buddha
- Charvaka
Kumpulan pengikut falsafah astika menerima kitab suci veda sebagai sumber asas bagi dasar falsafah mereka manakala kelompok nastika pula sebaliknya. Walau bagaimanapun terdapat juga kaedah pengelasan lain yang mana, Vidyaranya sebagai contoh mengenal pasti 16 aliran falsafah India dengan memasukkan aliran Shaiva dan Raseshvara ke dalam tradisi falsafah India yang umum.
Mohon dilampirkan maklumat yang berkaitan untuk rujukan lanjut bagi pelajar yang berminat dalam pengajian falasafah India. Terima kasih.