India Raya

India Raya atau lingkungan kebudayaan India adalah merupakan kawasan yang di dalamnya terkandung banyak negara dan rantau merangkumi benua Asia Selatan dan Asia Tenggara yang secara sejarahnya dipengaruhi oleh kebudayaan India purba. Kebudayaan ini seterusnya membentuk kebudayaan asli yang menjadi ranting kepada kebudayaan induk di rantau-rantau mereka.

Penyelidikan pada tahun 2022 menyatakan bahawa pengaruh kebudayaan India bertanggungjawab dalam sebahagian campuran genetik (~ 2% - 16%) dalam populasi Asia Tenggara di Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Singapura. Pengecualian dibuat terhadap puak bukit yang terasing serta kelompok pemburu dan pengumpul hasil hutan di Thailand.
Pada zaman moden, penduduk di benua kecil India berpindah juga keluar negara disebabkan oleh globalisasi dunia. Malaysia sebagai salah satu daripada negara moden juga mempunyai sejumlah penduduk India yang terbesar di Asia Tenggara hasil dari penjajahan British di Malaya.
Sekian, terima kasih.

A. Rantau Sumatera