Konsep Tiga India telah beredar di Eropah pada zaman pra-industri. Konsep ini dibahagikan seperti berikut:
- India Raya di selatan Asia Selatan;
- India Kecil di utara Asia Selatan; dan
- India Tengah di rantau yang berdekatan dengan Timur Tengah
Bentuk Portugisnya iaitu India Maior digunakan sekurang-kurangnya pada pertengahan abad ke-15 M. Istilah ini yang nampaknya digunakan dengan kejituan yang pelbagai, kadang-kala digunakan hanya untuk membawa maksud benua kecil India. Orang Eropah menggunakan pelbagai istilah yang berkaitan dengan Asia Selatan untuk merujuk semenanjung Asia Selatan termasuklah India Tinggi, India Raya, India Luar dan India Aquosa.
Walau bagaimanapun, sesetengah catitan pelayaran nautika orang Eropah mencatatkan bahawa, India Major terbentang dari Pantai Malabar (kini Kerala) ke India extra Gangem ("India melepasi Ganges," tetapi biasanya disebut sebagai Hindia Timur, kepulauan Melayu) dan India Minor, dari Malabar ke Sindh.
India Jauh kadang-kala digunakan untuk merangkumkan seluruh rantau Asia Tenggara moden. Sehingga abad ke-14 M, India boleh juga merujuk kepada kawasan di sepanjang Laut Merah, termasuklah Somalia, Arab Selatan, dan Habsyah (cth., Diodorus dari Sicily pada abad ke-1 SM berkata bahawa "Sungai Nil muncul di India" dan Marco Polo pada abad ke-14 M berkata bahawa, "India Kecil ... mengandungi ... Abash [Habsyah]")
Ilmu geografi pada abad ke-19 M merujuk India Raya sebagai rantau yang mengandungi:
- Himalaya
- Punjab
- Hindustan
- Burma
- Indochina
- Pulau Sunda
- Borneo
- Sulawesi
- Filipina
Peta atlas Jerman membezakan Vorder-Indien (India Luar) sebagai semenanjung Asia Selatan dan Hinter-Indien sebagai Asia Tenggara. India Raya atau Lembangan India Raya membawa maksud "Plat India bersama dengan rentangan utara yang dianggap benar", hasil dari pelanggaran plat India-Asia. Walaupun penggunaannya dalam geologi melampaui teori Plat Tektonik, istilah ini telah menyaksikan peningkatan penggunaanya sejak tahun 1970an. Tidak diketahui pula bila dan di mana berlakunya gabungan plat India dan plat Asia pada atau sebelum 52 juta tahun lalu. Plat yang bergabung sehingga 3,600 km (2,200 batu) ± 35 km (22 batu). Kependekan kerak atas didokumenkan dari rekod Asia dan Himalaya sehingga kira-kira 2,350 km (1,460 batu) kurang.
Konsep "Kerajaan Keindiaan" dan "Pengindiaan", digabungkan oleh George Coedes, asalnya menjelaskan mengenai kerajaan kecil di Asia Tenggara yang mekar berkembang dari awal abad masihi kesan dari interaksi sosio-ekonomi dengan benua kecil India sehingga aspek utama dari institusi India, agama, susunan negara, pentadbiran, budaya, epgrafi, sastera dan seni bina terjalin dalam negara-kota mereka.