Kerajaan Kehinduan di Asia Barat Daya

Rantau timur di Afghanistan dianggap sebagai sebahagian India secara politiknya. Ajaran Buddha dan tradisi Hindu berkembang perlahan-lahan di situ sehinggalah berlakunya penaklukan Muslim. Kabul dan Zabulistan yang menjadi kubu kuat ajaran Buddha dan agama India lain memberikan tentangan hebat dalam penaklukan Muslim selama dua abad lamanya. Shah Kabul dan para Zunbil kekal bebas sehinggalah penaklukan dinasti Saffari dan dinasti Ghaznawi. Kepentingan Zun dan pemerintahnya yang digelar sebagai Zunbil itu menjadikan mereka sebagai batu penghalang kepada kemaraan orang Arab yang cuba menakluki rantau Lembah Bujang.

Menurut Andre Wink, seorang sejarawan, "Afghanistan selatan dan timur, rantau Zamindawar (Zamin-e-Datbar atau tanah penegak keadilan, Arakosia klasik), dan Zabulistan atau Zabul (Jabala, Kapisha, Kia-pi-shi) dan Kabul, memberikan tentangan kepada orang Arab secara efektif selama dua abad, dari tahun 643 hingga tahun 870 masihi. Zunbil yang menjadi pemerintah tempatan dan Shah Kabul yang kemudian menjadi dinasti Shah Buddha memberikan tentangan sengit kepada bangsa Arab. Rantau Makran dan Baluchistan serta sebahagian besar Sindh ketika itu boleh dikira sebagai kawasan sempadan politik serta kebudayaan antara benua kecil India dan benua Parsi." Wink menulis lagi, "Jelas bahawa pada abad ke-7 dan ke-9 masihi, para Zunbil dan ahli puak mereka iaitu Shah Kabul mengamalkan kebudayaan India berbanding dengan menjadi satu rantau yang berkebudayaan Parsi. Ahli geografi Arab, kebiasaannya merujuk kepada pemerintah di Afghanistan ketika itu sebagai, "raja al-Hind ... yang memegang gelaran Zunbil."

Tapak arkeologi seperti Tapa Sardar dan Gardez yang wujud pada abad ke-8 masihi menunjukkan gabungan ikonografi ajaran Buddha dan aliran Siva yang kuat sekali. Sekitar tahun 644 M, Xuanzang, bhiksu Buddha dari benua China merekodkan bahwa Zabul atau nama Sanskritnya, Jaguda, mengamalkan gaya hidup pagan, walaupun menghormati ajaran Buddha aliran Mahayana, serta menerima sokongan daripada minoriti kerabat diraja. Dari segi kultus lain pula, dewa Suna, dijelaskan sebagai dewa pelindung bagi kawasan mereka.

Khalifah al-Ma'mun yang bertakhta antara tahun 813 hingga 833 masihi mengepalai kempen peperangan Arab yang terakhir menyerang kota Kabul dan kota Zabul. Pertelingkahan yang lama ini menyebabkan berakhirnya empayar ini. Rutbil diarahkan membayar ufti dua kali ganda kepada khalifah al-Ma'mun. Shah Kabil ditawan oleh Rutbil dan kemudian menganuti agama Islam. Zunbil yang terakhir dibunuh oleh Ya'qub bin al-Layth bersama dengan Salih bin al-Nadr, bekas panglimanya pada tahun 865 masihi. Sementara itu, Shah Hindu di Kabul dikalahkan oleh Mahmud Ghaznawi. Baihaqi menyebut bahawa, dinasti Ghaznawi turut menggunakan khidmat pegawai tentera Hindu yang diupah oleh Mas'ud. Ibnu Batuttah, pengembara dan cendekiawan Muslim pada abad ke-14 masihi menjelaskan bahawa Hindu Kush bermaksud, "penyembelih Hindu" kerana sejumlah besar buruh dari benua kecil India yang dibawa masuk ke Afghanistan mati diakibatkan oleh cuacanya yang tidak dapat diduga.

Kerajaan Hindu di Afghanistan

  • Zabulistan
  • Wangsa Shah Turki Buddha di Kabul
  • Wangsa Shah Hindu di Gandhara (Kandahar)
  • Kota Balkh
  • Ghor
  • Nuristan

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat ini, dapat dipastikan bahawa ceritera lisan masyarakat seperti Merong Mahawangsa di Kedah tidak semestinya adalah sesuatu dongengan semata-mata. Boleh jadi maklumat yang ada di dalamnya bercampur aduk kerana peredaran masa serta cirinya sebagai berasal dari sastera lisan.