Pengenalan India Raya

Khususnya Asia Tenggara yang turut mempengaruhi benua kecil India purba sehingga kesannya terlihat dalam pembentukan cetera-cetera Hindu yang kita lihat kini. Agama Hindu sendiri pun terbentuk dari pelbagai jenis agama rakyat yang berbeza antara satu sama lain. Agama-agama ini tersenyawa sesama sendiri semasa zaman Vedic dan seterusnya.

Istilah India Raya sebagai rujukan bagi merujuk kepada lingkungan kebudayaan India ini dipopularkan oleh jaringan sarjana Bengali pada tahun 1920an. Ia merupakan istilah payungan yang merangkumi benua kecila India dan negara sekelilingnya yang mempunyai hubungan budaya melalui satu garisan kebudayaan yang terpecah menjadi pelbagai kebudayaan. Negara ini kemudian berubah selepas proses penerimaan, pembelajaran dan perkongsian kebudayaan seperti elemen institusi dari sesama sendiri. Sejak sekitar 500 SM lagi perdagangan darat dan maritim Asia telah menimbulkan rangsangan serta pelebaran kepercayaan Hindu-Buddha ke dalam pandangan hidup penduduk di rantau khususnya di Asia Tenggara dan Sri Lanka. Di Asia Tengah, penyebaran buah fikiran ini selalunya bersifat keagamaan sahaja. Pelebaran agama Islam dari Timur Tengah secara besar-besaran telah merubah perjalanan sejarah India Raya sehingga ke abad-abad seterusnya.

Menjelang awal abad masihi, kebanyakan daerah di Asia Tenggara telah pun menyerap aspek yang lengkap dari kebudayaan, pentadbiran dan agama orang Hindu (India). Buah fikiran mengenai devaraja atau raja adalah titisan dewa-dewa diperkenalkan melalui konsep Harihara yang dibawa masuk ke kedatuan-kedatuan tempatan. Bahasa Sanskrit dan sistem epigrafi India juga diisytiharkan sebagai rasmi seperti juga di dinasti Pallava dan Chalukya. Kerajaan keindiaan seperti yang diistilahkan oleh George Coedes dalam karyanya "Histoire ancienne des etats hindouises d'Extreme-Orient" digambarkan sebagai berketahanan tinggi, berintegriti dalam politik dan stabil dari segi pentadbiran.

Di utara pula, buah fikiran keagamaan Hindu diserap ke dalam kosmologi penduduk Himalaya dan yang jelas sekali kelihatan adalah di Tibet dan Bhutan di mana tradisi asli mereka disenyawakan dengan kebudayaan Hindu. Sistem biara Buddha berkembang sehingga ke Afghanistan, Uzbekistan dan beberapa bahagian Asia Tengah. Selain itu, sastera dan buah fikiran dari ajaran Buddha turut diterima di China dan Jepun di sebelah timur. Ke barat pula, kebudayaan Hindu (India) bertembung dengan kebudayaan Parsi Raya melalui pergunungan Hindu Kush dan Pamir.