Rabu, 14 April 2021

Perubatan Tradisional India

Alam semulajadi merupakan sistem yang rumit, berharga dan tidak ternilai kepada semua. Ia membentuk latarbelakang bagi kemunculan, evolusi dan kewujudan kehidupan di bumi ini.Sejak zaman purba lagi, alam semulajadi mengurniakan faedah yang agung kepada umat manusia. Ia menyediakan makanan, tempat perlindungan, ubat-ubatan dan sumber haiwan mengikut keperluan kita.

Sistem perubatan tradisional atau perubatan asli ini selalunya berperanan penting dalam sistem penjagaan kesihatan sedunia. Ia memainkan peranan terutamanya di kawasan pedalaman namun di seluruh dunia, ia turut mendapat permintaan yang meluas dan akan terus memainkan peranan utama di masa hadapan. Perubatan tradisional bolehlah dijelaskan sebagai amalan kesihatan yang pelbagai dengan pendekatan, pengetahuan amali, kemahiran dan amalan yang berkenaan dengan haiwan, tumbuhan serta galian. Ia boleh juga berkaitan dengan kepercayaan tempatan, penyembuhan rohaniah, manual atau prosedur amalan dan pengalaman asli yang digunakan untuk memelihara kesihatan serta keselesaan manusia. Selain itu, ia digunakan untuk menyembuh, memeriksa atau menghalang penyakit.

Tamadun India adalah mempunyai aspek kebudayaan yang pelbagai lapisan serta lengkap. Ia merupakan warisan tertua umat manusia. Sistem perubatan tradisional India menjadi salah satu daripada sistem perubatan tradisional tertua di dunia ini. Benua India mempunyai ciri khusus yang berkaitan dengan sistem perubatan dan penjagaan kesihatan tradisional yang sememangnya sudah dikenali di seluruh dunia seperti:

Sistem perubatan Yunani dikatakan berasal dari Greece. Ia kemudian diperkenal di benua kecil India oleh orang Arab. Semasa pemerintahan Mughal di sebahagian besar India Utara, sistem perubatan Yunani ini merebak dan kemudian berakar umbi serta memperkaya lagi sistem perubatan di benua kecil India. Selain daripada sistem yang disebutkan di atas, terdapat juga sistem perubatan puak asli yang menjadi sumber utama bagi penjagaan kesihatan orang asli di benua kecil India namun tidak pernah digolongkan dalam sistem seperti di atas. Naskah klasik bagi sistem perubatan India tradisional bolehlah dirujuk dalam Rigveda, Atharvaveda, Charaka Samhita dan Sushruta Samhita (Joy et. al 1998; Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2002; Ravishankar dan Shukla 2007). 
 
Rujuk
Ojas (parking sementara)