Perubatan Yunani

Perubatan Yunani ini adalah amalan perubatan tradisional yang diamalkan dalam kebudayaan Muslim di Asia Selatan dan Asia Tengah moden. Menurut Johannes Quack (2012) dalam Disenchanting India: Organized Rationalism and Criticism of Religion in India perubatan Yunani ini adalah pseudosaintifik. Istilah Yunani ini bermaksud Greek. Ia adalah sistem perubatan Perso-Arab yang didasarkan kepada ajaran ahli perubatan Yunani seperti Hipoccrates dan Galen.

Asal perubatan yang Hellenik ini masih lagi kelihatan kerana ia didasarkan kepada empat jenis humor atau akhlat seperti balgham (kahak), dam (darah), safra (hempedu kuning) dan sauda' (hempedu hitam). Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh sistem perubatan tradisional India dan Cina.