Ayurveda

 

Ayurveda adalah merupakan sistem perubatan alternatif yang mempunyai akar sejarah dari benua kecil India. Teori dan amalan Ayurveda dianggap oleh pakar perubatan moden sebagai pesudosaintifik atau menyerupai kaedah saintifik. Persatuan Perubatan India (IMA) menyifatkan amalan perubatan moden oleh pengamal Ayurveda sebagai palsu. Perubatan Ayurveda banyak sekali diamalkan di negara India dan negara Nepal. Dilaporkan bahawa ia diamalkan hampir 80% penduduk di kedua-dua negara ini.

Perubatan Ayurveda ini didasarkan kepada buah fikiran bahawa alam ini terbentuk dari lima elemen iaitu angkasa, air, pertiwi, teja dan bayu. Gabungan dari elemen-elemen ini pula membentuk tiga jenis akhlat atau dosa yang dikenali sebagai vata, kapha dan pitta. Dosa pula dipercayai mempengaruhi kesihatan fisiologi, mental dan emosi seseorang.

Setiap orang itu dikatakan mempunyai nisbah khusus bagi setiap dosa. Biasanya salah satu daripada gabungan itu akan menonjol melebihi yang satu lagi. Contohnya, seseorang itu mungkin mempunyai dosa pitta manakala yang lain pula adalah vata. Pengamal Ayurveda boleh membantu seseorang itu mengesan dosanya. Nisbah khusus vata, kapha dan pitta seseorang itu dikatakan mentakrifkan konstitusi Ayurvedanya. Ia menjadi rangka tindakan bagi mencapai kesihatan yang terbaik. Walaupun sedikit sekali bukti yang membuktikan kesahihan dosa ini, namun penyokong Ayurveda menyatakan bahawa hal ini terjadi disebabkan kurangnya penyelidikan dijalankan dan tiada dana disalurkan untuk penyelidikan mengenai hal ini. Mereka percaya bahawa berbanding dengan meremehkan amalan ini, penyelidikan sepatutnya dijalankan bagi menyokong keberkesanannya.

Buat sambungan lagi mengenai tajuk-tajuk yang harus kita ketahui dan amalkan.