Prinsip dan Istilah dalam Ayurveda

Perkataan Ayurveda dalam bahasa Sanskrit bermaksud ilmu pengetahuan berkenaan dengan hidup dan kepanjangan usia.

Buah fikiran teori utama dalam Ayurveda ini berkembang pada pertengahan abad milenia SM dan menunjukkan keselarian dengan aliran falsafah Sāṅkhya, Vaiśeṣika, Buddha dan Jain.

Keseimbangan ditekankan dan menekan keperluan semulajadi dianggap sebagai tidak sihat serta didakwa membawa penyakit. Sebagai contoh, menahan bersin didakwa menyebabkan kesakitan di bahu. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya berpada-pada dalam keseimbangan dan menjalani langkah apabila memenuhi keperluan semulajadi mereka. Contohnya, penekanan diberikan kepada kesederhanaan dalam pengambilan makanan, tidur dan hubungan jenis.

Menurut Ayurveda lagi, tubuh badan manusia itu terbentuk dari dhatu (tisu), mala (buangan) dan dosa (bahan bio). Tujuh dhatu pula terdiri daripada rasa (plasma), rakta (darah), māmsa (otot), meda (lemak), asthi (tulang), majja (sumsum) dan shukra (air mani).

Seperti perubatan pada zaman purba yang klasik, Ayurveda membahagikan bahan badan kepada lima elemen klasik yang disebut sebagai panchamahabhuta dalam bahasa Sanskrit yang terdiri daripada bumi, air, api, air dan angkasa. Terdapat sebanyak 20 guna atau ciri yang dianggap sebagai saling berkaitan dalam semua jirim. Guna disusun menjadi 10 pasangan seperti berikut:

  • berat dan ringan
  • sejuk dan panas
  • berminyak dan kering
  • mandom dan tajam
  • hening dan bergerak
  • lembut dan keras
  • kasar dan licin
  • halus dan kasar
  • likat dan cair
  • lembik dan pejal
Rasa tiga elemen jasad, dosa atau tridosa adalah vata iaitu ruangan kosong atau udara yang disetarakan dengan sistem saraf, pitta atau api yang disetarakan dengan enzim dan kapha iaitu bumi serta air yang disetarakan dengan mukus. 
 
Satu set dosa mental yang selari dengan jasad juga diistilah sebagai satvaguna, rajaguna dan tamoguna yang mengawal psikologi seseorang. Setiap dosa itu mempunyai sifat dan peranan dalam tubuh dan minda. Salah satu atau lebih dosa yang mendominasi akan memberikan gambaran kepada prakriti atau rupa tubuh, tabiat dan sikap seseorang.
 
Tradisi Ayurveda berpegang bahawa ketidakseimbangan antara dosa tubuh dan mental menjadi etilogi atau penyebab utama kepada penyakit. Satu pandangan dari Ayurveda menyatakan bahawa dosa itu seimbang apabila ia setara antara satu sama yang lain. Manakala, satu lagi pandangan menyatakan bahawa setiap manusia itu mempunyai kombinasi dosa khusus yang mendefinisikan kecenderungan dan sifat seseorang.
 
Dalam kedua-dua keadaan, disebutkan bahwa setiap orang itu harus mengawal tabiat atau persekitaran bagi meningkatkan atau menurunkan dosa tertentu dalam tubuh dan mengekalkan tahap semulajadinya. Pengamal Ayurveda haruslah mendapatkan padanan dosa tubuh dan mentalnya kerana prakriti tertentu didakwa mendedahkan seseorang itu kepada sesetengah penyakit. Contohnya, seseorang yang kurus, pemalu, teruja, mempunyai halkum yang nampak jelas dan berminat dengan pengetahuan ghaib berkemungkinan mempunyai vata prakriti. Orang sebegini mudah terkena keadaan berangin, gagap dan menghidap rheumatisme. Vata yang tidak hening dikaitkan dengan penyakit mental yang tertentu disebabkan oleh keterujaan atau vayu atau angin yang berlebihan. Sastera Charaka Samhita mengahitkan keadaan umnada atau gila ini dengan makanan sejuk dan gangguan dari roh brahmin yang berdosa dikenali sebagai brahmarakshasa.
 
Ama dalam bahasa Sanskrit bermaksud mentah atau tidak dicernakan digunakan bagi merujuk kepada konsep mengenai keadaan yang tidak sempurna perubahannya. Apabila menyentuh mengenai kesihatan mulut, Ayurveda mendakwa bahawa keadaan mulut yang kotor datang dari pencernaan yang tidak sempurna dan tidak betul lalu menimbulkan toksik yang naik ke permukaan mulut. Konsep ini tiada standard yang setara dalam perubatan moden.
 
Dalam taksonomi zaman pertengahan mengenai sistem pengetahuan bahasa Sanskrit, Ayurveda menduduki tempat sebagai Upaveda atau Veda tambahan. Sesetengah tumbuhan berubat dari Atharvaveda dan Veda lain turut ditemui dalam sastera Ayurveda yang lebih kemudian. Rekod kenyataan teori terawal mengenai model berkanun penyakit dalam Ayurveda turut ditemui dalam Kanun penganut Buddha.