Amalan Perubatan Ayurveda

Pengamal Ayurveda memahami bahawa kewujudan jasad, kewujudan mental dan sikap itu adalah terdiri daripada unit yang tersendiri dengan setiap elemen itu mempengaruhi satu sama lain. Hal ini adalah pendekatan yang holistik digunakan dalam diagnosis dan terapi serta menjadi aspek asas dalam Ayurveda. Satu bahagian lain dalam perawatan Ayurveda ini menyatakan bahawa terdapat srota atau saluran yang memindahkan cecair dan saluran ini boleh dibuka menerusi rawatan urutan minyak dan Swedana atau tuaman. Saluran yang tidak sihat atau tersumbat difikirkan menyebabkan penyakit.

Diagnosis Penyakit

Ayurveda mempunyai lapan cara untuk mendiagnos penyakit, disebut sebagai berikut:

  • nadi 
  • mutra iaitu air kencing
  • mala iaitu tinja
  • jihva iaitu lidah
  • sabda ucapan
  • sparsha sentuhan
  • druk penglihatan; dan
  • akruti rupa luaran
Pengamal Ayurveda menggunakan lima deria untuk mendiagnosis penyakit. Sebagai contoh, pendengaran digunakan untuk memerhatikan keadaan pernafasan dan ucapan. Kajian titik serangan atau marman marma juga penting dalam diagnosis dan rawatan penyakit.
 
Rawatan dan Pencegahan
 
Dua daripada lapan cawangan Ayurveda klasik turut terlibat dengan pembedahan iaitu Śalya-cikitsā dan Śālākya-tantra, namun Ayurveda kontemporari lebih menekankan kepada pencapaian menjana tenaga demi membina sistem metabolik kesihatan dan mendapatkan sistem pencernaan dan perkumuhan yang baik. Ayurveda turut menumpukan kepada senaman seperti yoga dan samadhi. Selain itu, salah satu daripada preskripsi Ayurveda adalah sistem pemakanan Sattva.
 
Ayurveda mengikut konsep Dinacharya yang menyatakan bahawa putaran semulajadi seperti bangun, tidur, bekerja, bersamadhi dan lain-lain adalah penting untuk memelihara kesihatan. Kebersihan diri termasuklah mandi, membersihkan gigi, berkumur minyak, menggosok lidah, penjagaan kulit dan membasuh mata menjadi amalan utama dalam Ayurveda.
 
Bahan Perubatan Ayurveda
 
Rawatan berasaskan tumbuhan dalam Ayurveda boleh diterbitkan dari akar kayu, daun, buah-buahan, kulit kayu atau bijian seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Pada abad ke-19, William Dymock dan penulis bersamanya merumuskan beratus-ratus ubat berasaskan tumbuhan dengan kegunaannya, struktur mikroskop, sebatian kimia, toksikologi, mitos terkenal, kisah dan kaitannya dengan perdagangan di British India.
 
Produk haiwan dalam Ayurveda termasuklah susu, tulang dan batu karang. Sebagai tambahan, lemak juga dinasihatkan penggunaannya untuk pemakanan dan kegunaan luaran. Pengambilan mineral seperti sulfur, arsenik, plumbum, tembaga sulfat dan emas juga dinasihatkan. Penggunaan mineral dalam perubatan Ayurveda ini dirumuskan dalam rasa shastra.
 
Ayurveda menggunakan minuman beralkohol yang digelar sebagai Madya yang didakwa untuk menyelaraskan dosa dalam badan dengan menambahkan Pitta dan mengurangkan Vata dan Kapha. Madya dikelaskan menerusi bahan mentah dan proses memeramnya serta kategorinya disisihkan seperti berikut:
  • berasaskan gula
  • berasaskan buah
  • berasaskan bijirin
  • bijirin berasaskan herba
  • diperam dengan cuka; dan
  • samsu tonik.
Hasil yang dikehendaki boleh menyebabkan kesan penyingkiran seperti julap, meningkatkan lagi fungsi pencernaan atau rasa, mencetuskan kesan kering atau melonggarkan sendi. Sastera Ayurveda menjelaskan Madya sebagai tidak melekit dan bertindak pantas. Ia meresap dalam kulit dan membersihkan liang-liang kecil di tubuh.
 
Ganja yang ditulenkan diguna dalam lapan persediaan Ayurveda. Ia didakwa menyeimbangkan Vata dan Kapha serta meningkatkan Pitta. Ia dinasihatkan untuk cirit-birit dan dysentery, iaitu keadaan usus yang mengalami jangkitan. Selain itu, ganja ditulenkan juga digunakan untuk meningkatkan kemampuan senggama semasa hubungan jenis, meningkatkan kemampuan otot dan memberikan kesan kepada otak. Ciri sedatif dan melegakan sakit pada ganja dipertimbangkan oleh Ayurveda. Penggunaan ganja sebagai bahan mangkin untuk melambatkan lelaki mengalami ejakulasi ditemui dalam sastera Ayurveda purba dan pertama kalinya disebut dalam Sarngadhara Samhita (1300-1400 M), sebuah sastera farmasi yang digunakan di Rajasthan, India Barat.
 
Boleh jadi, ganja dibawa masuk ke benua kecil India bersama dengan atau sebelum berlakunya penaklukan Muslim. Sastera Yoga Ratnakara (1700-1800 M, penulis tidak diketahui) yang terkenal di Maharashtra, menyebut mengenai penggunaan ganja dalam sebatian herba dan mineral untuk merawat cirit birit. Dalam Bhaisajya Ratnavali, ganja dan kemenyan digunakan untuk merawat gastrontretis yang teruk. Dalam dadah ini, tindakan menekan pernafasan oleh ganja itu berlawanan dengan bahan yang menjana pernafasan dalam kemenyan. Sastera kemudian memasukkan juga bahan narkotik untuk digunakan sebagai ubat tahan sakit analgesic.
 
Cannabis indica disebut dalam sastera Ayurveda purba dan pertama kalinya disebut dalam Sarngadhara Samhita sebagai rawatan untuk cirit birit. Dalam Bhaisajya Ratnavali, ia dinamakan sebagai salah satu bahan dalam pemangkin tenaga seks.
 
Ayurveda menyebut bahawa minyak dan tar boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan dan pendarahan traumatik boleh dihentikan dengan empat cara iaitu litigasi saluran darah, penyegaran menggunakan haba, penggunaan persediaan bagi memudah cara menghentikan pembekuan darah dan penggunaan persediaan untuk menyempitkan saluran darah yang terbuka. Minyak juga digunakan dengan pelbagai cara termasuklah pengambilan dalam minuman atau makanan seperti biasa, melumurkan minyak, menyapu minyak, mengurut kepada dengan minyak, menyapukannya di bahagian yang sakit dan berkumur dengan minyak. Cecair boleh dituang di dahi pesakit menggunakan teknik Shirodhara.
 
Panchakarma
 
Menurut Ayurveda, panchakarma adalah teknik yang digunakan untuk menyingkirkan elemen toksik dari badan kita.