Walaupun eksperimen makmal mencadangkan bahawa tidak mustahil bahawa sesetengah bahan dalam Ayurveda itu berkembang menjadi rawatan yang berkesan, namun tiada sebarang bukti bahawa bahan itu sendiri berkesan.
Cancer Research UK menyatakan bahawa tiada sebarang bukti bahawa perubatan Ayurveda membantu dalam merawat barah. Sesetengah ubat Ayurveda pula mengandungi bahan toksik atau berlawanan dengan ubat barah yang sah dengan menimbulkan kesan buruk kepada penggunanya.
Perubatan Ayurveda dianggap sebagai pseudosains kerana ia mengelirukan disebabkan oleh konsep hakikat dan metafizik dan tidak didasarkan pada 'sains'. Ahli etnologi Johannes Quack menulis bahawa walaupun pergerakan rasionalis seperti Maharashtra Andhashraddha Nirmulan Samiti secara rasminya melabelkan Ayurveda seperti Jotisha sebagai pseudosains, namun ironinya amalan ini sendiri diterima oleh ramai ahli pergerakan ini sendiri.
Penilaian mengenai penggunaan Ayurveda untuk merawat penyakit kardiovaskular dirumuskan sebagai buktinya tidak meyakinkan untuk mengesahkan bahawa penggunaan herba Ayurveda mampu meredakan penyakit jantung atau tekanan darah tinggi, namun banyak herba yang digunakan oleh pengamalnya ini boleh jadi sesuai untuk kajian lanjut.
Kajian mengenai Ayurveda dicirikan sebagai pseudosains. Kekurangan dasar saintifik dalam asas teori Ayurveda dan kualiti kajiannya menyebabkannya sering dikritik.
Kajian
Di India, kajian mengenai Ayurveda dijalankan oleh Kementerian AYUSH, singkatan kepada Department of Ayurveda, Yoga and Naturopathy, Unani, Siddha dan Homeopathy, menerusi jaringan institut kajian kebangsaan.
Di Nepal pula, National Ayurvedic Training and Research Centre (NATRC) mengkaji herba-herba berubat di negara itu. Manakala, di Sri Lanka pula Ministry of Health, Nutrition and Indigenous Medicine memantau kajian Ayurveda menerusi pelbagai institut kajian kebangsaannya.
Penggunaan Logam Toksik
Rasa Shastra iaitu amalan menambah logam, mineral atau batu geliga dalam persediaan herba boleh juga melibatkan logam toksik berat seperti plumbum, merkuri dan arsenik. Implikasi kesihatan awam logam ini dalam Rasa Shastra di India masih lagi belum diketahui.
Tindakbalas buruk herba ada dijelaskan dalam sastera Ayurveda, namun pengamalnya keberatan untuk mengakui bahawa herba tersebut boleh jadi toksik dan maklumat yang sedia ada berkenaan dengan ketoksikan herba tersebut pula tidak mudah untuk ditemui. Terdapat lompang komunikasi antara pengamal perubatan Ayurveda dengan perubatan moden.
Sesetengah produk herba berubat India mengandungi logam berat yang melebihi tahap selamat, termasuklah plumbum. Contohnya, ghasard, produk yang selalu diberikan kepada bayi bagi menyelesaikan isu pencernaan dikesan mengandungi konsentrasi plumbum sebanyak 1.6 peratus yang boleh membawa kepada encephalopathy atau kecacatan otak.
Satu kajian pada tahun 1990 ke atas ubat Ayurveda di India mendapati bahawa sebanyak 41 peratus daripada produk yang diuji mengandungi arsenik dan 64 peratus lagi mengandungi plumbum serta merkuri. Pada tahun 2004, kajian menunjukkan bahawa tahap toksik dalam 20 peratus persediaan Ayurveda di Asia Selatan dan dipasarkan di sekitar Boston serta disimpulkan bahawa produk Ayurveda tersebut memberikan risiko yang serius terhadap kesihatan serta perlu diuji terlebih dahulu untuk mengesan pencemaran logam berat dalam kandungannya. Kajian pada tahun 2008 ke atas lebih daripada 230 produk mendapati bahawa kira-kira 20 peratus penawar (dan 40 peratus ubat rasa shastra) yang dijual di Internet dari pembekal di US dan India mengandungi plumbum, merkuri atau arsenik. Kajian pada tahun 2015 ke atas pengguna ubat-ubatan Ayurveda di US mendapati bahawa paras darah meningkat kepada 40 peratus disusuli dengan kenyataan pakar kesihatan dan bekas pakar bedah Tentera Udara US bahawa, "Ayurveda ini pada asasnya hanyalah kepercayaan tahyul yang bercampur dengan nasihat kesihatan amali yang kabur. Ia boleh jadi berbahaya kepada kesihatan."
Logam berat dianggap sebagai bahan aktif oleh penyebar buah fikiran mengenai produk India yang berasaskan herba. Menurut sastera Ayurveda purba, sesetengah proses pemurnian psiko-kimia seperti samskara atau shodana untuk logam menyah toksik logam berat itu sendiri. Hal ini adalah serupa dengan kaedah Pao Zhi dalam perubatan Cina walaupun kaedah dalam Ayurveda lebih rumit dan melibatkan lebih banyak kaedah farmasi serta mantra.
Walau bagaimanapun, Journal of the American Medical Association melaporkan pada Ogos 2008 bahawa produk Ayurveda menyebabkan keracunan plumbum yang teruk dan memberikan kesan toksik yang lain juga. Antara tahun 1978 dan 2008, "lebih daripada 80 kes keracunan plumbum yang dikaitkan dengan ubat Ayurveda dilaporkan di seluruh dunia". Pada tahun 2012, US Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mengaitkan ubat Ayurveda dengan keracunan plumbum berdasarkan kepada kes di mana bahan toksik ditemui dalam darah seorang wanita hamil yang mengambil ubat Ayurveda.
Pengamal Ayurveda membahaskan bahawa kesan toksik dalam bhasmas atau produk abu datang dari kaedah pemprosesan yang tidak betul, pencemaran, penyalahgunaan ubat Ayurveda, kualiti bahan mentah dan hasil produk itu sendiri. Mereka mendakwa bahawa kaedah yang salah digunakan oleh orang yang tidak mahir tetapi mendakwa diri mereka sebagai pengamal Ayurveda.
Di India, kerajaan memerintahkan supaya produk Ayurveda mesti dilabelkan dengan isi kandungan logam yang terdapat di dalamnya. Walau bagaimanapun, M.S. Valiathan pada tahun 2006 dalam Current Science, penerbitan dari Indian Academy of Sciences menyebut bahawa, "ketiadaan pemantauan pasca pemasaran dan kekurangan prasarana makmal ujikaji di India membuatkan kawalan kualiti ubat Ayurveda di India sukar untuk dijalankan pada ketika itu.
Di US, kebanyakan produk Ayurveda dipasarkan tanpa sebarang penilian atau diluluskan oleh FDA. Sejak tahun 2007, FDA telah memberikan amaran penting mengenai produk Ayurveda dalam usaha untuk membanterasnya dari masuk ke US. Penilaian toksik tahun 2012 mengenai persediaan herba dan logam berasaskan merkuri menyimpulkan bahawa kajian pharmacotherapeutic dalam jangka masa lama dan ujian toksik secara mendalam untuk persediaan bahan-bahan Ayurveda itu tidak mencukupi menyebabkannya diragui.
Rujukan
- CCRAS. "Guidelines for toxicity / safety profile evaluation of Ayurveda & Siddha plant drugs". CCRAS Guidelines. Arkib dari naskah asal pada 11 Mac 2013.
- Ellin, Abby (17 September 2008). "Skin deep: ancient, but how safe?". New York Times. Arkib dari asal pada 30 April 2011. Dijejak semula pada 19 Seotember 2008. "A report in the August 27 [2008] issue of The Journal of the American Medical Association found that nearly 21 percent of 193 ayurvedic herbal supplements bought online, produced in both India and the United States, contained lead, mercury or arsenic."