Bahasa Sanskrit adalah bahasa klasik yang berkembang di Asia Selatan dan dikelompokkan dalam cawangan bahasa Indo-Arya. Ia timbul di Asia Selatan selepas bahasa-bahasa pendahulunya merebak di situ dari barat laut ketika lewat Zaman Gangsa.
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa upacara bagi penganut agama Hindu dan menjadi wahana penyebaran falsafah klasik dari benua kecil India. Selain itu, ia turut menjadi bahasa kesusasteraan ajaran Buddha aliran Mahayana dan ajaran Jain. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penghubung di rantau Asia Selatan pada zaman purba sehingga ke zaman pertengahan. Ia digunakan dalam penyebaran aliran falsafah Hindu dan kebudayaan Buddha di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Tengah pada awal era pertengahan. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa keagamaan dan bahasa ketamadunan serta digunakan oleh golongan bangsawan di rantau-rantau itu. Hasil dari perhubungan yang panjang ini, bahasa Sanskrit memberikan kesan yang mendalam terhadap bahasa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur terutamanya dari segi perbendaharaan kata akademik dan rasmi.
- Pengenalan Bahasa Sanskrit
- Asas Pelajaran Bahasa Sanskrit
- Kuasai Bahasa Sanskrit dalam Sebulan
Kredit gambar hiasan: Gambaran Betara Siva dari Natyasastra oleh Teeratep Pannong dari Jabatan Seni Halus, Kementerian Kebudayaan Thailand.