Pengenalan Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit adalah merupakan salah satu bahasa dari cawangan keluarga rumpun bahasa Caucasus selatan. Bahasa-bahasa lain di bawah rumpun bahasa ini adalah seperti bahasa Parsi, bahasa Sogdia, bahasa Tocharia, bahasa Pamiri, bahasa Kurdish dan lain-lain. Bahasa-bahasa ini bertalian jauh pula dengan bahasa Yunani (Greek) dan bahasa Latin di sebelah Laut Mediterania di Barat.

Bahasa seperti di atas itu kemudian berevolusi dari bahasa Caucasus purba yang berkemungkinan menjadi bahasa pertuturan manusia pada abad ketiga sebelum masehi. Tiada sebarang rekod yang ditinggalkan bagi mengesan bentuk bahasa primitif tersebut.

Menurut teori pengkaji bahasa, penutur asal bahasa ini nampaknya terdiri daripada puak-puak yang mendiami dataran di sebelah timur benua Eropah. Pada umumnya, mereka mendiami rantau utara Laut Hitam dan bermula di situ, mereka pun mula berhijrah ke segenap pelosok muka bumi. Penemuan sisa arkeologi di kawasan padang berumput di selatan Russia didakwa menyokong teori yang dikemukakan ini.

Walau bagaimanapun, penemuan bahasa Hitti di Anatolia menyebabkan bahasa Sanskrit jatuh dari kedudukannya sebagai bahasa bertulis yang terawal dari jenis bahasa Caucasus purba. Namun, disebabkan bahasa Hitti telah terpisah sejak awal lagi dari kelompok bahasa utama dalam cabang bahasa Caucasus purba, maka bahasa Sanskrit masih lagi dijadikan sebagai bahasa pilihan utama bagi pelajar linguistik yang ingin mendalami bahasa dalam cabang bahasa Caucasus purba.

Kandungan

Untuk makluman, nota ini dikarang dan disimpan dalam simpanan Northern Gate aku pada 25 Disember 2018. Laman Northern Gate adalah merupakan halaman lama yang digunakan untuk menyimpan maklumat dan data dari tahun 2006 sehinggalah pada masa halaman ini dihasilkan.
 
Akhir sekali, aku ingin memberikan penghargaan kepada bapa aku kerana sokongan beliau ke atas pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Halaman ini tercetus adalah disebabkan oleh sokongan beliau yang tidak berbelah bagi terhadap ilmu pengetahuan dan pendidikan. Semoga beliau menerima hanya pahala sahaja dan menjelma di alam yang tinggi.

Rujukan

  • Michael Coulson (2003) Teach Yourself Sanskrit, Hodder & Stoughton Ltd.