Sejarah Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Ia adalah salah satu daripada tiga bahasa purba yang paling awal sekali didokumenkan serta muncul dari akar bahasa sama yang kini dirujuk sebagai bahasa Indo-Eropah Purba.

  • Bahasa Sanskrit Veda (c. 1500-500 SM)
  • Bahasa Yunani Mycenaean (c. 1450 SM) dan bahasa Yunani Purba (c. 750-400 SM)
  • Bahasa Hitti (c. 1750-1200 SM)
Bahasa Indo-Eropah lain yang berhubungan jauh dengan bahasa Sanskrit termasuklah bahasa Latin Purba dan bahasa Latin Klasik (c. 600 SM-100 M, bahasa-bahasa Itali), bahasa Gothic (bahasa Jerman Purba, c. 350 M), bahasa Norse Tua (c. 200 M dan selepasnya), bahasa Avesta Tua (c. lewat abad kedua milenium SM) serta bahasa Avesta Muda (c. 900 SM).
Nota ini berbeza daripada nota dalam bahagian "Perkembangan dan Pertumbuhan Bahasa Arya" kerana ia dipetik dari pengantar rujukan oleh Michael Coulson.