Pengaruh Bahasa Dravidia ke atas Bahasa Sanskrit

Bahasa Dravidia telah memberikan pengaruh besar terhadap Sanskrit, khususnya melalui pengaruh substratum apabila penutur Indo-Arya berhijrah ke Asia Selatan. Interaksi ini memperkenalkan perubahan struktur, fonetik, dan leksikal kepada Sanskrit Veda, termasuk penerimaan konsonan retrofleks (ṭa, ḍa, ṇa), penggunaan gerund, serta ratusan kata pinjaman (dianggarkan 300–500+ dalam Rigveda).

Aspek utama pengaruh bahasa Dravidia ke atas bahasa Sanskrit adalah seperti berikut:

  • Dari segi fonetik, kesan paling ketara ialah perkembangan bunyi retrofleks iaitu bunyi serebral seperti ṭa, ṭha, ḍa, ḍha, ṇa yang tidak terdapat dalam bahasa Indo Arya lain tetapi asli dalam bahasa Dravidia.
  • Dalam perbendaharaan kata pula, analisis lingustik mengenal pasti ratusan perkataan pinjaman bukan Indo Arya dalam sastera Veda tertua contohnya kūla iaitu lereng, kanda iaitu ubi, bīja atau benih, kaṭa atau tikar dan nīra bermaksud air.
  • Dari segi sintaksis, bahasa Sanskrit mula memasukkan bentuk gerund atau conjunctive participle dengan menggunakan akhiran -tvā atau -ya untuk bermaksud "sedang melakukan sesuatu" sebagai bahagian utama sintasksisnya, ciri yang sangat khas bagi bahasa Dravidia, di samping penggunaan binaan iti.
  • Dari segi substratum linguistik pula, sarjana berpendapat bahawa pengaruh ini berlaku melalui dwibahasa di mana penutur bahasa Dravidia mengadaptasi bahasa Indo Arya lalu mewujudkan bentuk bahasa Sanskrit yang didravidiakan.

Contoh perkataan pinjaman bahasa Dravidia yang sering dikenal pasti dalam bahasa Sanskrit adalah seperti berikut:

  • aḍa bermaksud layar daripada perkataan bahasa Tamil iaitu aṭaittal bermaksud menutup atau mengelilingi.
  • ghiri bermaksud berpusing yang berkaitan dengan perkataan bahasa Dravidia yang juga bermaksud berpusing contohnya dalam bahasa Telugu perkataannya adalah girunna.
  • poḷḷa bermaksud kosong atau berongga daripada perkataan bahasa Dravidia iaitu poḷḷu bermaksud kosong.

Pengaruh ini secara umumnya diterima meningkat dari semasa ke semasa, dengan Rigveda awal mempunyai pinjaman bahasa Dravidia yang sedikit iaitu sebanyak 4% manakala teks sastera veda seterusnya menunjukkan lebih banyak pinjaman perkataan atau leksikal di dalamnya.