Keluarga bahasa purba yang terdekat sekali dengan bahasa Sanskrit Veda dari kelompok bahasa Indo-Eropah adalah bahasa Nuristani yang ditemui di rantau Hindu Kush di pedalaman timur laut Afghanistan dan barat daya Himalaya. Selain itu, bahasa Sanskrit Veda juga mempunyai pertalian dekat dengan bahasa Avesta dan bahasa Parsi Tua yang telah pupus. Kedua-dua bahasa Avesta dan bahasa Parsi Tua adalah merupakan jenis bahasa Iran. Bahasa Sanskrit tergolong dalam kumpulan bahasa Eropah satem.
Cendekiawan
zaman penjajah yang terbiasa dengan bahasa Latin dan bahasa Yunani
berasa kaget apabila melihat persamaan bahasa Sanskrit dari segi
perbendaharaan kata serta tatabahasanya dengan bahasa klasik di Eropah.
Dalam The Oxford Introduction to Proto-Indo-European World, Mallory dan Adams menunjukkan persamaan tersebut dengan melampirkan bentuk setara antara bahasa-bahasa tersebut:
- Mater (Lat.), Meter (Gr.), Matar (Sn.), Mother (Eng.)
- Pater (Lat.), Pater (Gr.), Pitar (Sn.), Father (Eng.)
- Frater (Lat.), Phreter (Gr.), Bhratar (Sn.), Brother (Eng.)
- Soror (Lat.), Eor (Gr.), Svasar (Sn.), Sister (Eng.)
- Filius (Lat.), Huius (Gr.), Sunu (Sn.), Son (Eng.)
- Filia (Lat.), Thugater (Gr.), Duhitar (Sn.), Daughter (Eng.)
- Bos (Lat.), Bous (Gr.), Gau (Sn.), Cow (Eng.)
- Domus (Lat.), Do (Gr.), Dam (Sn.), House atau Timber (Eng.)
Teori
Penghijrahan Orang Indo-Arya menjelaskan bahawa ciri yang serupa
dikongsi oleh bahasa Sanskrit dengan bahasa Indo-Eropah lain itu
dipercayai berasal dari penutur asli bahasa yang kini menjadi bahasa
Sanskrit tiba di Asia Selatan melalui rantau yang sama asalnya, di barat
daya rantau Indus pada awal abad kedua milenia sebelum masehi. Bukti
teori ini termasuklah hubungan rapat antara bahasa lisan Indo-Iran dan
bahasa Baltic serta Slavic, pertukaran dengan bahasa Ural yang bukan
Indo-Eropah serta ciri yang disaksikan oleh perkataan dalam bahasa
Indo-Eropah untuk mergasatwa.
Pra-sejarah
bahasa Indo-Arya yang mendahului bahasa Sanskrit Veda tidak jelas dan
pelbagai hipotesis yang dikemukakan pula meletakkannya melebihi had yang
luas. Menurut Thomas Burrow, berdasarkan kepada hubungan antara
pelbagai bahasa Indo-Eropah, asal-usul bahasa-bahasa ini
berkemungkinannya di kawasan yang kini berada dalam Eropah Tengah atau
Eropah Timur manakala kumpulan Indo-Iran pula muncul di rantau dalam
Russia Tengah kini. Cabang Iran dan Indo-Arya berpisah agak awal juga.
Jadi,
cabang Indo-Arya adalah cabang yang bergerak ke timur Iran dan ke
selatan masuk ke Asia Selatan pada separuh awal dari abad kedua milenium
sebelum masehi. Sebaik sahaja berada di India purba, bahasa Indo-Arya
mengalami perubahan linguistik yang pantas dan berubah menjadi bahasa
Sanskrit Veda.