Asas Bahasa Sanskrit

Berikut adalah nota pelajaran asas bahasa Sanskrit yang aku kutip dan himpunkan dari pelbagai sumber. Perbezaan laman aku ini dengan laman lain adalah kerana aku menggunakan wahana bahasa Melayu sebagai bantuan pelajaran bahasa Sanskrit.

Aku berharap laman ini membantu saudara dan saudari penutur bahasa Melayu yang berminat untuk menguasai bahasa Sanskrit dan mempelajari khazanah kesusasteraan dalam bahasa Melayu Purba, bahasa Bali dan bahasa Jawa Kekawin yang banyak menggunakan bahasa Sanskrit dalam perbendaharaan katanya.