Kepercayaan dalam Sumpahan

Sumpahan adalah amaran dan keinginan untuk supaya seteru ditimpa sial atau kemalangan sama ada dengan menggunakan mantra, doa atau jampi serapah seperti dalam Harry Potter. Sumpahan dan kutukan ini menjadi sebahagian daripada kebanyakan budaya dalam dunia dari kebudayaan Yunani dan Romawi sehingga ke kebudayaan Celtic. Dari kebudayaan vodoo Afro-Amerika sehingga ke kebudayaan mata jahat rantau Mediteranea dan dari kebudayaan hexen Jerman sehingga ke shrap di India.

Dalam kepercayaan agama Hindu, kuasa sumpahan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti orang yang menyumpah, orang yang disumpah dan konteks serta peristiwa yang berkaitan dengannya dan puncak kepada sumpahan. Sumpahan dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan tindakan ilahi. Peristiwa yang berkaitan dengan sumpahan klasik membentuk bahagian daripada sastera keagamaan serta sejarah beberapa tempat suci serta perayaan kebudayaan dan keagamaan di sesuatu rantau.

Sebanyak 62 sumpahan ditemui dalam Ramayana dan 150 dalam Mahabharata. Sastera purana dan lain-lain juga menyebut mengenai sumpahan, penawarnya dan kesan-kesannya. Sebilangan aliran serta komuniti mengesan asal-usul mereka dari sumpahan. Purana dan itihasa menyatakan bahawa kebanyakan penjelmaan Betara Wisnu itu adalah disebabkan oleh sumpahan. Ramai begawan, gadis, gandarwa dan wali muncul di muka bumi ini juga adalah disebabkan oleh sumpahan. Maka, sumpahan dan akibatnya mempunyai makna yang besar dalam agama Hindu.

Peristiwa yang menyebabkan seseorang itu menyumpah orang lain boleh jadi dari pelanggaran arahan yang kecil, kesilapan yang tidak disedari sehingga kepada kesalahan dosa besar. Kepelbagaian sumpahan dalam sastera Hindu sangatlah mengejutkan kerana terdapat sumpahan ke atas begawan, binatang, raja, resi, pelbagai jenis makhluk hidup, orang perseorangan, keluarga dan puak. Begitu juga terdapat peristiwa di mana dewa, resi, wanita, kanak-kanak, binatang, burung, ular dan bentuk binatang lain yang berhati nurani menyumpah yang lain.

Hubungan antara orang yang menyumpah dan disumpah itu juga boleh jadi terdiri daripada pelbagai jenis hubungan. Sebagai contoh, dalam cetera Yayati, terdapat penjelasan mengenai ibu bapa yang disumpah oleh anak-anak mereka seperti cetera Aruna menyumpah Winita, ibunya. Parasurama, seorang guru menyumpah Karna, anak muridnya. Resi Gautama menyumpah Ahalya, isteri beliau. Jamadagni menyumpah Renuka, isterinya. Begitu juga, resi Bhrigu menyumpah Brahma, Wisnu dan Siwa yang menjadi Hakikat Tertinggu serta sumpahan-sumpahan yang setaraf dengannya dari resi Narada dan dewi Parwati. Di samping itu, terdapat juga sumpahan haiwan ke atas manusia seperti Kamadhenu, lembu suci menyumpah raja Dilipa atau sumpahan dewa ke atas dewa yang lain seperti sumpahan Ganesa ke atas Chandra, dewa bulan.

Sumpahan kadang kala datang dengan langkah merungkaikannya seperti dalam cetera sumpahan Durwasa ke atas Sakuntala dalam Abhijnana Sakuntalam karangan Kalidasa dan sumpahan Urwasi ke atas Arjuna dalam Mahabharata. Sesetengah sumpahan juga mempunyai batasan masa seperti dalam sumpahan resi Vasista ke atas Asta-Vasu dalam Mahabharata. Dalam beberapa keadaan di mana penawar sumpahan dikeluarkan, perubahan kuasa sumpahan pun berlaku. Sumpahan yang dikeluarkan oleh orang yang beperibadi kuat di dalam sesetengah keadaan tidak boleh dirungkai atau dipinda. Sumpahan seorang guru sebagai contoh boleh dianggap sebagai akan wijaya dan tidak boleh dirungkaikan. Selain itu juga, terdapat beberapa keadaan di mana campur tangan dari kuasa yang lebih tinggi mengekang liputan kesaktian sumpahan.

Sesetengah sumpahan itu adalah yang tersurat, manakala sesetengah lagi adalah tersirat. Sebagai contoh sumpahan yang tersirat adalah seperti berikut:

  • pitru shapa, sumpahan nenek moyang
  • sarpa shapa, sumpahan ular
  • preta shapa, sumpahan roh
Sesetengah sumpahan itu dikenalpasti atau diinferenskan dari perkiraan falak. Langkah merungkai sumpahan sebegitu mempunyai kuasa pula untuk menggencar keseluruhan keluarga atau menyebabkan keturunan seseorang itu terkesan. Shapa atau sumpahan ini boleh dikaitkan dengan pemenuhan sumpah, kegagalan yang membawa kepada kejahatan yang melibatkan orang itu. Dalam kebanyakan prasasti berkaitan dengan kebajikan di kuil-kuil, seseorang yang menyalahguna harta tersebut akan menerima akibat cacat, gila atau sengsara.

Sumpahan juga boleh menyebabkan kehilangan kuasa, kedudukan, kemewahan dan kehidupan keluarga. Sesetengah sumpahan akan memberikan kesan serta merta, manakala sesetengah lagi mempunyai batasan masa atau sesetengahnya lagi boleh menyebabkan kesengsaraan seumur hidup.

Dalam perancangan ilahi, sumpahan ini dipandang sebagai alat untuk hukuman dan menegakkan semula dharma yang ditafsirkan di sini sebagai kebenaran. Tujuannya adalah untuk mengembangkan kepatuhan kepada undang-undang abadi agama, masyarakat, susila dan kehendak ilahi selain daripada prinsip ketakwaan dan kebajikan.