Asal Usul Mahayana
Asal usul Mahayana masih belum dapat difahami sepenuhnya dan terdapat pelbagai teori yang saling bersaingan antara satu sama lain. Pandangan Barat terawal mengenai Mahayana menganggap bahawa ia wujud sebagai satu aliran yang berasingan, bersaing dengan aliran-aliran yang digelar sebagai aliran Hinayana.
- Teori Asal Usul Aliran Mahayana
- Aliran Mahayana Awal
- Perkembangan Aliran Mahayana
- Pelebaran Keluar dari Benua Kecil India
- Perkembangan Selanjutnya
Andrea Acri dalam karya beliau berjudul, "Maritime Buddhism" terbitan Oxford University Press pada 20 Disember 2018 menyebut bahawa aliran Mahayana awal terbit terus dari "aliran-aliran ajaran Buddha awal" serta menjadi penerus kepada tradisi yang diperkenalkan melalui aliran tersebut.