Perkembangan Sejarah Masakan India

Masakan India mencerminkan sejarah yang panjang iaitu kira-kira 8,000 tahun dengan pelbagai kumpulan serta kebudayaan berinteraksi antara satu sama lain di benua kecil India. Hal ini membawa kepada kepelbagaian rencah, rasa dan masakan rantau dalam diet pemakanan India moden. Kemudian, perdagangan dengan British dan Portugis turut mempengaruhi kepelbagaian hidangan di benua kecil India.