Zaman Pra Sejarah dan Tamadun Indus

Selepas 9,000 SM, zaman awal hubungan tidak langsung antara rantau Bulan Sabit Subur dengan Lembah Indus (IV) nampaknya berlangsung hasil dari Revolusi Neolitik dan pengembangan pertanian. 

Kira-kira pada 7,000 SM, pertanian merebak dari rantau Bulan Sabit Subur ke Lembah Indus yang mana gandum dan barli mula ditanam di situ. Bijan dan lembu bonggol juga dijinakkan dan dibela dalam komuniti pertanian tempatan. Mehrgarh menjadi salah satu tapak terawal dengan bukti pertanian dan pengembalaan haiwan ternak di Asia Selatan. Jean-Francois Jarrige membahaskan untuk asal usul Mehrgarh yang bebas dalam notanya berkata bahawa, "tanggapan bahawa ekonomi pertanian diperkenal secara muktamad dari Timur Dekat ke Asia Selatan," serta persamaan antara tapak Neolitik dari Mesopotamia timur dan barat lembah Indus, yang merupakan bukti "kesinambungan budaya" antara kedua-dua tapak ini. Namun, Jarrige mempertimbangkan keaslian Mehrgarh ini menyimpulkan bahawa, Mehrgarh mungkin mempunyai latar belakang tempatan yang awal dan tidak dibayangi oleh budaya Neolitik dari Timur Dekat".

Dari sekitar 4,500 hingga 1,900 SM pula, pemerintah di Mesopotamia Bawah terdiri daripada bangsa Sumeria yang tidak bercakap dalam bahasa Indo Eropah dan bahasa Semitik. Mereka mungkin pada awalnya berasal dari India dan mempunyai kaitan dengan populasi Dravidia di India. Hal ini menurut Henry Hall, seorang sejarawan sebagai kesimpulan yang paling mungkin, khususnya berdasarkan kepada gambaran orang Sumeria dalam kesenian mereka sendiri dan "betapa sangat Indianya orang Sumeria dalam keadaan itu". Analisis genetik terbaru pada DNA rangka Mesopotamia purba cenderung untuk mengesahkan perkaitan besar bahawa sesetengah warga Sumeria itu mungkin berasal dari Tamadun Lembah Indus (IVC) serta tidak boleh dikecualikan juga bahawa dalam kalangan mereka itu, terdapat juga orang yang bertanggungjawab dalam mengasaskan tamadun di Mesopotamia.

Menjelang 3,000 SM, kunyit, buah pala, lada hitam dan biji sawi pun dituai di benua kecil India.

Dari sekitar 2,350 SM, bukti import dari tamadun Indus ke kota Ur di Mesopotamia juga ditemui. Turut ditemui di Terga juga, kepala bunga cengkih yang difikirkan berasal dari kepulauan Maluku di Asia Tenggara. Penemuan ini difikirkan berasal dari abad ke-2 SM.

Empayar Akkad merekodkan juga mengenai kayu balak, batu ahmar dan gading gajah diimport dari kota Meluhha oleh kapal warga Meluhha. Meluhha umumnya dianggap sebagai nama Mesopotamia untuk merujuk kepada Tamadun Lembah Indus.