Masakan India Purba

Pemakanan awal di India selalunya mengandungi kekacang, sayuran, buah-buahan, bijirin, produk tenusu dan madu. Makanan ruji yang dimakan pada hari ini termasuklah pelbagai jenis kacang lentil seperti dal, tepung atta, beras dan bajra atau pearl millet yang telah ditanam di benua kecil India sejak 6,200 SM.

Selain itu, terdapat juga satu segmen daripada populasi yang mengamalkan vegetarianisme semasa pergerakan Sramana sementara iklim yang seimbang membolehkan pelbagai buah, sayur dan bijirin ditanam sepanjang tahun.

Sistem pengelasan bahan makanan yang terbahagi kepada satvik, rajasik dan tamasik diperkembang dari tradisi yoga. Dalam pada itu, Bhagavadgita juga menyenaraikan senarai amalan pemakanan dalam bab ke-17 ayat 8 hingga ayat 10.

Pengambilan daging lembu dianggap sebagai pantang kerana lembu dianggap sebagai haiwan yang suci dalam agama Hindu. Daging lembu umumnya tidak dimakan oleh majoriti penganut Hindu di India kecuali di negeri Kerala, beberapa bahagian di negeri Tamil Nadu dan negeri di timur laut India.

Sementara itu, banyak juga resipi India purba yang telah hilang dalam sejarah namun seseorang itu boleh melihat dalam sastera purba apabila ingin mengetahui apakah yang dimakan pada zaman India purba atau zaman pra sejarah India. Berikut adalah senarai bahan yang dimakan pada zaman purba di benua kecil India:

  • Barli, dikenali sebagai yava dalam bahasa Sanskrit zaman veda dan zaman klasik. Ia disebut beberapa kali dalam kitab suci Rigveda serta sastera agama India yang sebagai salah satu bijirin ruji di benua kecil India purba.
  • Daun Sirih, digunakan khususnya untuk menjadi pembalut bagi pinang dan tembakau yang mana ia menambahkan lagi rasa. Selain itu, ia digunakan juga dalam masakan, selalunya mentah-mentah kerana rasanya yang pedar-pedar.
  • Buah Sukun, dikenali sebagai jeeva kadge phodi dalam bahasa Konkan atau kadachakka varuthath dalam bahasa Malayalam. Ia menjadi makanan tempatan di kawasan pantai di negeri Karnataka dan negeri Kerala.
  • Kacang Kuda, digunakan dalam makanan yang terkenal yang mana sesetengahnya dihasilkan dari tepung kacang kuda. Contohnya seperti mirchi bajji dan mirapakaya bajji.
  • Dadih, sejenis susu masam tradisional atau produk susu yang diperam, berasal dari benua kecil India. Selalunya dihasilkan dari susu lembu, kadangkala dari susu kerbau atau susu kambing.
  • Buah Tin, ditanam dari Afghanistan sampai ke Portugal. Ia turut ditanam di Pithoragarh di pergunungan Kumaon di India. Menjelang abad ke-15 hingga seterusnya, ia turut ditanam di Utara Eropah dan juga di Dunia Baru.
  • Minyak Sapi, sejenis mentega yang disucikan berasal dari India purba. Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional serta ritual keagamaan di India purba selain sebagai bahan penambah rasa dalam hidangan di Timur Tengah.
  • Wain Anggur, pertama kalinya dikenali di benua kecil India dari karya Chanakya pada lewat abad ke-4 SM.
  • Madu, digunakan untuk perubatan terapi dan kerohanian di India purba serta direkodkan dalam kedua-dua kitab suci Veda dan sastera Ayurveda.
  • Buah Mangga, dewi Ambiga, dewi dalam agama Jain digambarkan sebagai duduk di bawah pohon mangga.
  • Biji Sawi, biji sawi perang adalah rempah yang ditanam di Tamadun Lembah Indus dan menjadi rempah yang digunakan sehingga ke hari ini di benua kecil India. Ia turut diimport keluar negara.
  • Buah Delima, dalam beberapa tradisi Hindu, buah delima atau anarkali dalam bahasa Hindustan menggambarkan kemakmuran dan kesuburan. Ia dikaitkan dengan Bhumidevi atau dewi Bumi serta dewa Ganesha, dewa yang gemarkan buah-buahan berbiji.
  • Beras, ditanam di benua kecil India sewal tahun 5,000 SM.
  • Kuih Beras, wujud dalam pelbagai bentuk di benua kecil India.
  • Buah Jambu Mawar, umumnya dimakan sebagai buah dan digunakan untuk membuat acar chambakka, sejenis acar di India.
  • Saffron, hampir semua jenis Saffron ditanam di lingkingan kawasan dari Sepanyol hingga ke barat negeri Kashmir di sebelah timur.
  • Garam, dianggap sebagai bahan bertuah dalam agama Hindu dan ia digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pemanasan rumah dan perkahwinan. Selain itu, ia digunakan oleh penganut agama Jain yang menyajikan beras dengan secubit garam di hadapan dewa sebagai tanda kebaktian. Selain itu, garam ditabuh atas mayat yang dibakar sebelum abunya dikebumikan.
  • Minyak Bijan, terkenal di Asia terutamanya sekali di Korea, China dan negeri di India Selatan seperti Karnataka, Andhra Pradesh, dan Tamil Nadu. Penggunaannya yang meluas ini hampir serupa dengan penggunaan minyak zaitun di rantau Mediterranea.
  • Sorghum, sering juga dipanggil sebagai jwarie, jowar, jola, atau jondhalaa. Sorghum menjadi salah satu daripada sumber nutrisi di benua kecil India.
  • Gula, dihasilkan di benua kecil India sejak zaman purba lagi. Penghasilannya melebar dari benua kecil India hingga ke Afghanistan pada zaman moden melalui Laluan Khyber.
  • Tebu, penghasilan gula kristal terawal sekali dikatakan bermula di India Utara. Bukti awal mengenai pengasilan gula ini didapati dari sastera bahasa Pali dan bahasa Sanskrit purba.
  • Kunyit, digunakan secara meluas sebagai rempah dalam masakan Asia Selatan dan Timur Tengah.                      

Demikianlah bahan-bahan yang digunakan dalam masakan semasa zaman pra sejarah dan zaman purba di benua kecil India. Terima kasih.