Semasa zaman pertengahan, beberapa dinasti India mencapai kegemilangan mereka termasuklah dinasti Gupta. Pengembara yang masuk ke benua kecil India ketika itu turut memperkenal kaedah masakan baru serta produk asing di situ termasuklah teh.
Selain daripada itu, benua kecil India turut ditakluki oleh puak dari kebudayaan Asia Tengah sehingga menimbulkan hidangan seperti hidangan Mughal yang merupakan kacukan antara hidangan India dan hidangan Asia Tengah. Selain itu, Saffron diperkenal sebagai perencah dalam masakan India.
Zaman Gupta
Makanan semasa zaman Gupta banyak sekali dibincangkan dalam penulisan Kalidas dan Angavijja. Selain itu, pengembara dari benua China seperti Faxian, Yuan Chuang, dan Yijing yang menziarahi benua kecil India semasa zaman Gupta mencatitkan mengenai kebudayaan yang diamalkan di situ. Sastera seperti Bharata Samhita juga turut membicarakan dengan panjang lebar mengenai hal makanan semasa zaman Gupta.
Makanan pada zaman Gupta ini majoritinya bercirikan vegetarian disebabkan oleh kemunculan ajaran Buddha dan ajaran Jain. Vegetarianisme menjadi norma bagi hampir separuh daripada populasi di benuak kecil India. Mereka memakan sayuran, bijirin, buah-buahan, sayur dan minum susu.
Empayar Gupta (320 - 500 M) wujud pada masa yang hampir sama dengan empayar Romawi. Ia mendominasi India Utara. Makanan pada zaman ini menjadi sumber terpenting yang menggambarkan kebudayaan masyarakatnya. Bersama dengan ini, makanan semasa zaman Gupta juga digunakan untuk tujuan perubatan. Purana dan Samhita dari zaman ini bersama dengan Astanga Samgraha serta sastera lain yang berkaitan menggambarkan mengenai bahan makanan serta resipi yang digunakan untuk tujuan perubatan. Secara umumnya, makanan pada zaman Gupta ini termasuklah pelbagai jenis bijirin, kekacang, produk ternusu, penyediaan daging, madu, penyediaan manisan, rempas ratus dengan garam dan pelbagai jenis minyak, minyak bijan, buah-buahan serta sayuran menjadi kebiasaan di benua kecil India. Konsep sarapan pagi tidak wujud dalam diet mereka. Pada zaman awal, makanan yang terdiri daripada vegetarian dan bukan vegetarian berkait rapat kepada kepercayaan keagamaan seseorang.
Di samping itu, penduduk di zaman Gupta banyak menggunakan beras dalam pemakanan mereka. Sebagai contoh, beras Sali ditanam di rantau Bengal dan boleh didapati di seluruh kerajaan. Beras Sastika pula dianggap sebagai beras yang mengenyangkan. Beras Mahavrihi ditanam di Magadha, digunakan untuk tujuan keagamaan dan dipersembah kepada raja atau orang kenamaan. Bagi tujuan perubatan, pelbagai jenis beras garam merah dianggap sebagai yang terbaik. Beras dimasak dengan dadih, susu, minyak sapi, sirap pemanis dan kekacang. Beras susu yang istimewa juga terkenal dalam kalangan kelompok Brahmin. Sekitar tahun 650 M, penduduk zaman Gupta mula memuja dewi sakti. Lembu dianggap sebagai haiwan yang suci dalam kultus sakti maka mereka pun berhenti memakan daging lembu.