Martin Stuart-Fox (2003) dalam muka surat 29 dari "A Short History of China and Southeast Asia: Tribute, Trade and Influence" menyebut bahawa Funan ialah satu jaringan negara-negara kota yang berada di bawah satu mandala purba yang berada di kawasan merangkumi negara moden Kemboja, Thailand dan Vietnam. Dougald JW O'Reilly (2007) dalam "Early Civilizations of Southeast Asia" pada muka surat 194 terbitan Altamira Press menyatakan bahawa mandala yang longgar ini sudah wujud sejak abad pertama hingga abad ke-7 masihi.
Charles Higham (2001) dalam karya "The Civilization of Angkor" menyebut bahawa nama "Funan" atau ejaan bahasa Cinanya 扶南 ini muncul dalam teks sejarah China bagi menjelaskan mengenai sebuah kerajaan dan penjelasan paling lengkap mengenainya banyak didasarkan pada catitan dua orang duta China iaitu Kang Tai dan Zhu Ying yang mewakili dinasti Wu Timur. Kedua-dua orang duta dari China ini pernah tinggal sebentar di Funan pada pertengahan abad ke-3 masihi.
Sekian, terima kasih.