![]() |
| Arca Bodhisattva Lokeswara dalam gaya Phnom Da pada abad ke-7 M di My Tho, Vietnam dipamerkan di Guimet Museum di Paris. Gambar ihsan Sgnpkd CC BY-SA 4.0. |
Harus juga diingat bahawa rekod Funan tidak terselamat sampai ke zaman moden kerana kebanyakan rekod pun dikutip dari cari gali arkeologi. Cari gali mendedahkan struktur dinding batu bata, logam berharga dan periuk dari selatan Kemboja dan Vietnam. Selain itu, Charles Holcombe dalam buku "Trade Buddhism: Maritime trade, immigration and the Buddhist landfall in early Japan" muka surat 280 menyatakan bahawa sistem terusan besar yang menghubungkan penempatan di Angkor Borei dan cawangan-cawangannya juga ditemui mencadangkan bahawa wujud kerajaan yang sangat tersusun di situ. Funan ini ialah masyarakat yang rumit dan canggih dengan kepadatan penduduk yang tinggi, maju dari segi teknologi dan sistem sosial yang kompleks.
- Spekulasi Lokasi Ibu Kota Funan
- Kebudayaan Funan
- Kegiatan Ekonomi
- Hubungan Luar
Sekian, terima kasih.
