Latar Belakang Mahayana

Ajaran Buddha aliran Mahayana bererti ajaran Buddha dari kenderaan agung. Ia merupakan istilah umum yang mengelompokkan sebahagian besar daripada tradisi Buddha, sastera, falsafah serta amalannya. Mahayana berkembang di benua kecil India sejak abad ke-1 SM sehinggalah seterusnya dan dianggap sebagai salah satu daripada dua cawangan ajaran Buddha penting yang masih wujud sehingga ke hari ini. Satu lagi aliran adalah aliran Thervada yang bermaksud kata-kata orang tua. Rujukan tentang aliran Theravada bolehlah dibuat dengan klik di sini.

Mahayana menerima sastera suci utama dan ajaran awal Buddha namun terdapat juga tambahan pelbagai doktrin baru serta sutra lain seperti Sutra Mahayana. Ia memberikan penekanan kepada Jalan Bodhisattva dan Prajnaparamita.

Selain daripada itu, terdapat cawangan kecil lain lagi di bawah Mahayana seperti Vajrayana atau Tantrayana dan Mantrayana yang menggunakan pelbagai kaedah tantra bagi mencapai pencerahan jiwa dengan lebih pantas atau mendapatkan lebih tenaga bagi mencapai pencerahan jiwa.

Pasak Sementara: Amalan Mahayana