Puja Tujuh Baris Bahu-Mulia Guru-Ratna: Panduan Pembaca

Puja Tujuh Baris Bahu-Mulia Guru Ratna Padmasambhava ini adalah salah satu daripada puja penting yang ditemui di merata tempat. Ia dibaca dalam semua salasilah terutamanya sekali dalam tradisi purba yang memulakan hampir setiap amalan dengan bacaan puja ini. Berikut adalah pengenalan ringkas dan Panduan Pembaca kepada katha yang agung ini.

Kumpulan Terjemahan Padmakra telah menyediakan beberapa konteks yang bagus untuk Puja Tujuh Baris kepada Guru Ratna Padmasambhava:

Kepentingan Puja Tujuh Baris ini secara keseluruhannya mungkin terletak pada hubungan antara amalan yang disebut sebagai guru-yoga, atau "kesatuan dengan ciri guru". Walaupun kepentingan guru rohaniah itu disebut dalam pelbagai lapisan ajaran Buddha, namun penekanan kepada mencari dan menghadiri pengajaran guru berkelayakan sahaja ditekankan sebagai pra-syarat kepada kepada pelaksanaan amalan yang berkesan. Tujuan guru-yoga ini adalah untuk memurnikan dan memperdalam hubungan antara murid dan gurunya. Ia diperkenal sebagai salah satu amalan pendahuluan dan masih lagi kekal penting. Pada hakikatnya juga, ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melalui pelbagai peringkat maju dalam jalan tantra. Pemupukan kebaktian kepada guru dan mengadunkan pemikiran seseorang dengan pemikiran yang dicerahi, seperti kata-kata Dilgo Khyentse Rinpoche, "yang paling penting dan perlu dalam kesemua amalan serta ia sendiri adalah cara yang terpantas dan yang paling pasti bagi mencapai matlamat pencerahan jiwa.    
Seterusnya, mereka menyambung:

Oleh kerana peranan penting yang dimainkan oleh Guru Ratna dalam amalan guru-yoga, mudahlah untuk kita menghargai kepentingan Puja Tujuh Baris, bacaan agung yang sakti yang memberikan kesan kepada kehadiran Guru. Bacaan puja ini bukanlah bacaan yang biasa, namun ia menjelma seperti juga Guru Ratna, dari satah alam yang lain. Seperti juga penjelmaan Guru yang muncul tanpa memerlukan ibu bapa manusia, begitu jugalah Puja Tujuh Baris ini dikatakan menjelma secara tiba-tiba tanpa sesiapa pun yang menulisnya.

Puja Tujuh Baris ini adalah gema dari hakikat tertinggi yang tidak termusnahkan oleh sesiapa. Para dakini merupakan antara yang terawal mendengar dan menggunakan Puja Tujuh Baris ini seterusnya menyebarkannya di alam manusia apabila mereka menjelma.

Guru-yoga (apabila didasarkan kepada Guru Ratna) dan Puja Tujuh Baris, sememangnya berkait rapat. Puja Tujuh Baris ini mempunyai kepentingan di semua lapisan amalan seperti juga guru-yoga penting dalam setiap tahap jalan Vajrayana. Seperti yang tersurat, ia merakamkan penjelmaan dan asal-usul Guru Ratna, meraikan kejayaan dan memohon restu darinya. Seperti yang tersirat pula, setiap kata yang terpapar itu penuh dan sarat dengan makna yang menyuling kepekatan dalam keseluruhan jalan Vajrayana. Puja Tujuh Baris ini seperti ratna permata yang banyak permukaannya yang menerima dan memancarkan dari dalamnya cahaya dari seluruh jalan lalu memantulkannya semula dengan sinaran yang cemerlang."     

A. Puja Tujuh Baris dalam Bahasa Melayu

Hung! Di sempadan barat laut negara Oddiyana. Pada hati debunga sekuntum bunga teratai. Kejayaan yang gilang gemilang telah pun dicapai. Engkau yang dikenali sebagai Yang Terjelma dari Teratai. Dikelilingi oleh sekelompok dalam kalangan Dakini. Mengikutimu ingin menjadi sepertimu. Aku memohon kepadamu, datanglah kepadaku restuilah aku. Guru Padma Siddhi Hung!

B. Pengertian Pujaan

Teratai Putih

Kemungkinannya, penjelasan mengenai Puja Tujuh Baris yang boleh dirujuk dalam bahasa Inggeris boleh didapati dari ulasan Ratna Jamgon Mipham berjudul Pema Karpo atau White Lotus: Explanation of the Seven-Line Prayer to Guru Padmasambhava.

Ratna Mipham dalam karya yang pendek namun kaya ini mempersembahkan pelbagai lapisan pengertian, dari yang tersurat sehinggalah kepada yang tersirat berkaitan dengan jalan pembebasan jiwa, jalan ke arah matlamat yang berkemahiran, termasuklah tahap Kesempurnaan serta Atiyoga, seterusnya arahan amalan bagi mencapai semua perkara itu. Beliau merumuskan penjelasan beliau dengan cara untuk menggunakan ulasan itu sebagai satu amalan.

Berkenaan dengan asal-usul ulasan yang luar biasa ini pula, penterjemah menambah lagi bahawa Ratna Mipham merujuk dalam lencana terbitannya mengenai satu peristiwa yang mencetuskan rupa dalam pemikirannya mengenai pengertian tersirat bagi pujaan ini. Kita tidaklah dapat memastikan mengenai apakah yang menjadi pemangkin kepada penjelmaan yang mendadak ini, namun menarik sekali untuk kita sedari dalam bahasa yang digunakan oleh Ratna Mipham mencadangkan bahawa ulasan itu sendiri bukanlah satu karangan yang biasa sebaliknya adalah satu khazanah ajaran atau "khazanah jiwa" atau gongter. Jika demikian halnya, maka sastera itu sendiri adalah merupakan ajaran dari Guru Ratna, yang tersembunyi lama sekali dalam jiwa para penganut, yang mana ia ditakdirkan untuk timbul kembali apabila keadaan yang sesuai itu tiba, tanpa perlu kepada penemuan lembaran kuning tua atau bahan-bahan sokongan yang lain.

Pustaka ini turut memasukkan sekali bacaan puja yang didasarkan kepada Guru Yoga, berjudul Hujan Restu yang dipersembahkan oleh banyak kumpulan pengamal di seluruh Asia dan Barat. Yang terbaru sekali, Ratna Orgyen Chowang turut mengajar amalan ini sepenuh minggu di Penerbitan Shambhala.

Rujukan