![]() |
| Arca gangsa Buddha Mahavairocana dari dinasti Ming yang menggambarkan Buddha dengan para Buddha membentuk tubuhnya. |
Hanya sedikit saja perkara yang boleh dipastikan mengenai ajaran Buddha aliran Mahayana secara umum selain daripada hakikat bahawa ajaran Buddha yang diamalkan di benua China, kepulauan selatan, Vietnam, Korea, Tibet, Mongolia dan Jepun adalah ajaran Buddha aliran Mahayana. Aliran Mahayana boleh digambarkan sebagai satu himpunan yang longgar mengenai pelbagai ajaran dan amalan yang sebahagiannya kelihatan bercanggah. Aliran Mahayana merupakan satu set tradisi yang inklusif dan luas, dicirikan oleh kepelbagaian serta penerimaan sejumlah besar sutra, idea dan risalah falsafah baru di samping teks Buddha terdahulu.
Umumnya, penganut aliran Mahayana ini menerima doktrin klasik ajaran Buddha yang terdapat dalam ajaran Buddha awal iaitu Nikāya dan Āgama, seperti Jalan Tengah, Kebergantungan Asal, Empat Kebenaran Mulia, Jalan Lapan Mulia, Triratna, Tiga Tanda Kewujudan dan bodhipakṣadharma iaitu unsur yang membantu kepada pencerahan. Ajaran Buddha aliran Mahayana juga menerima sebahagian idea yang terdapat dalam pemikiran Abhidharma Buddha. Namun, Mahayana turut menambah banyak teks dan doktrin Mahayana, yang dianggap sebagai ajaran muktamad dan dalam beberapa kes lebih tinggi. D. T. Suzuki menggambarkan keluasan dan keliberalan doktrin Mahayana sebagai "lautan luas di mana segala jenis makhluk hidup dibenarkan berkembang dengan cara yang paling pemurah, hampir-hampir menyerupai kekacauan."
- Para Buddha
- Para Bodhisattva
- Jalan Bodhisattva
- Tahap Bodhisattva
- Upaya dan Ekayana
- Prajñāpāramitā
- Madhyamaka
- Vijñānavāda
- Ciri Buddha
Sekian, terima kasih.
