Kerajaan Melayu

Peta berdasarkan kepada teori popular
yang mengaitkan Kerajaan Melayu dengan Jambi

Kerajaan Melayu atau Malayu adalah sebuah kerajaan Buddha pada zaman klasik yang kini terletak di Sumatra Barat dan Jambi dalam Republik Indonesia.

Sumber utama untuk maklumat mengenai kerajaan ini boleh didapati dalam the New History of the Tang dan kitab kenang-kenangan bhiksu Buddha dari benua China bernama Yijing yang melawat pada tahun 671 masihi. Kerajaan ini telah "diserap" oleh Srivijaya menjelang tahun 692 masihi namun Zhao Rukuo menyatakan bahawa ia "membebaskan diri" menjelang lewat abad ke-12 masihi. Kedudukan sebenar kerajaan ini masih lagi berada dalam penyelidikan sejarawan. Satu teori menyatakan bahawa kerajaan ini diasaskan sekitar daerah Jambi di Sumatra yang kini berada dalam Republik Indonesia. Ia terletak kira-kira 300 km ke utara Palembang. Menurut teori ini, ia diasaskan oleh suku kaum di kawasan Sungai Batanghari dan pedagang emas dari Pagar Ruyung yang terletak di ulu Minangkabau.

Masukkan maklumat lanjut di sini.